CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8883|Reply: 0

[Perlis] Kes COVID-19 Perlis naik 78 peratus

[Copy link]
Post time 15-12-2023 12:47 PM | Show all posts |Read mode
Kes COVID-19 Perlis naik 78 peratus


Aizat Sharif - Disember 15, 2023 @ 12:10pm  bhnews@bh.com.my




Foto hiasan. - NSTP/ARKIB




KANGAR: Perlis merekodkan peningkatan 78 peratus kes COVID-19 sepanjang minggu epidemiologi dari 3 hingga 9 Disember lalu, dengan 57 kes dilaporkan berbanding 32 pada minggu sebelumnya.

EXCO Kesihatan Perlis, Megat Hashirat Hassan, memaklumkan lonjakan 25 kes itu bagaimanapun tidak membabitkan pertambahan jumlah kemasukan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar.

"Berdasarkan data Jabatan Kesihatan negeri, daripada 57 kes itu, 11 atau 19 peratus adalah kes import, manakala bakinya kes tempatan. Tiada lonjakan jumlah kemasukan ke wad HTF, hanya 14 kes atau 25 peratus sahaja diletakkan di bawah pemantauan hospital itu dan tiada di wad ICU.

"Sebanyak 43 kes lagi atau 75 peratus berada di bawah pemantauan Pusat Penilaian COID-19 (CAC) Kangar," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, sebanyak 41 kes atau 72 peratus pesakit dikesan dijangkiti COVID-19 menerusi saringan bergejala, manakala lapan kes atau 14 peratus dikesan melalui saringan survelan Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI).

Enam kes lagi atau 11 peratus dikesan menerusi saringan kontak rapat dan masing-masing satu kes atau dua peratus dikesan melalui saringan survelan klinikal 'influenza-like ilness (ILI) serta saringan prakemasukan ke hospital.

"Dengan peningkatan kes, orang ramai dinasihatkan sentiasa mengamalkan langkah pencegahan seperti sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi, kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun atau cecair pembasmi kuman.

"Mereka yang mempunyai gejala dinasihatkan berehat di rumah dan tidak ke tempat tumpuan ramai, tetapi jika perlu juga, pakailah pelitup muka dengan cara yang betul bagi mengelakkan penularan jangkitan.

"Kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas, individu dengan penyakit kronik dan imuniti rendah serta ibu mengandung juga digalakkan pakai pelitup muka. Sentiasa amalkan 'Test, Report, Isolate, Inform dan Seek' atau TRIIS sekiranya bergejala," katanya.

Beliau juga menasihatkan orang ramai segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan sekiranya gejala bertambah teruk, terutama golongan berisiko tinggi, manakala individu positif jangkitan itu dan berisiko tinggi digesa mendapatkan rawatan antiviral Paxlovid di Klinik Kesihatan terdekat.

Dos primer vaksin dan dos penggalak disediakan di Klinik Kesihatan Beseri dan Klinik Kesihatan Gial di Mata Ayer bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan, morbiditi dan kematian, terutamanya golongan berisiko tinggi.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:36 PM GMT+8 , Processed in 0.631080 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list