CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22734|Reply: 0

[Sarawak] Kerajaan negeri lulus pembinaan jalan penghubung baharu Jalan Ulu Paku/Ulu Kota

[Copy link]
Post time 14-12-2023 10:35 PM | Show all posts |Read mode


Uggah (dua kiri) bersama yang lain meninjau kemajuan projek Jalan Ulu Paku/Ulu Kota di Spaoh, Betong baru-baru ini.
KUCHING: Kerajaan negeri meluluskan pembinaan jalan penghubung baharu iaitu Jalan Ulu Paku/Ulu Kota sepanjang 20 kilometer dari Lebuh Raya Pan Borneo di Spaoh, Betong  hingga Pakan.

Tmbalan Premier Sarawak  Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, jalan baharu itu akan memendekkan jarak perjalanan kira-kira 50 kilometer antara bandar Betong dan Sarikei.

Uggah berkata, pembinaannya kini 4.4 peratus atau 44 hari lebih awal daripada jadual.

"Ini sangat memuaskan dan kami berharap kontraktor dapat mengekalkan momentum," katanya semasa lawatan bagi meninjau kemajuan projek itu pada pada Selasa.

Turut serta dalam lawatan itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan Tan Sri William Mawan dan ADUN Krian Friday Belik.

Ujar Uggah lagi, jalan tersebut akan melalui kawasan pedalaman di kawasan Bukit Saban, Krian dan Pakan.

"Kami sangat gembira kerana projek jalan penghubung ini kini menjadi kenyataan.

"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg kerana meluluskan RM247 juta untuk pembinaannya di bawah pakej Jalan Utama Kedua," jelasnya.

Uggah turut berkata, jalan terbabit dijangka siap pada Januari 2027.

Namun demikian katanya, pihaknya sedang cuba mendapatkan Jabatan Kerja Raya (JKR)  untuk melihat sama ada ia boleh disiapkan pada penghujung 2026.

Sebelum adanya jalan tersebut, penduduk di kawasan itu telah menggunakan jalan yang dipanggil Jalan SESCO.

Beliau berkata, jalan yang dibina oleh SESCO terbabit bagi tujuan mendirikan menara talian penghantarannya tidak boleh digunakan sekarang.

Sementara itu, Mawan dan Friday berkata mereka sangat teruja dengan projek yang telah lama ditunggu-tunggu itu.

Mawan berkata, apabila siap ia akan menyelesaikan masalah perhubungan yang dihadapi di kawasan pedalaman di tiga kawasan pilihan raya itu.

Friday pula berkata, jalan itu akan menjadi pendorong kepada pembukaan kawasan tanah yang luas  bagi tujuan pembangunan.   



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 08:39 AM GMT+8 , Processed in 0.061480 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list