CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4874|Reply: 0

[Sarawak] Pelantikan semula Dr Dzulkefly diharap percepat naik taraf Hospital Miri

[Copy link]
Post time 14-12-2023 04:17 PM | Show all posts |Read mode


Lee (dua kiri) mendengar penerangan daripada Dr. P. Raviwharmman mengenai mesin sinar-X yang telah siap dipasang di Klinik Kesihatan Bandaraya Miri pada Khamis.

MIRI: Pelantikan semula Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sebagai Menteri Kesihatan diharap dapat mempercepat cadangan untuk menaik taraf Hospital Miri menjadi hospital wilayah bagi Utara Sarawak.

Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin berkata, ini termasuklah menaik taraf kemudahan sedia ada, selain menambah bilangan doktor pakar dan rawatan kepakaran di hospital berkenaan.

“Dengan menaik taraf fungsi Hospital Miri sebagai hospital wilayah membolehkan rawatan kepakaran dan sub-kepakaran boleh ditawarkan di sini bagi memenuhi keperluan pesakit di kawasan Utara Sarawak daripada terpaksa pergi ke Kuching seperti rawatan kardiologi dan kanser.

“Saya rasa tidak keterlaluan jika kita meminta naik taraf tiga hospital wilayah iaitu di Kuching, Sibu untuk menampung kawasan tengah dan Miri untuk menyediakan perkhidmatan untuk wilayah utara.  

“Saya berharap Dr Dzulkefly dapat mempertimbangkan cadangan ini kerana melihat kepada keadaan jarak perjalanan yang mengambil masa dan sangat menyusahkan semua pesakit yang dari utara Sarawak termasuk dari Limbang, Lawas dan Baram untuk dirujuk ke Kuching,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan persiapan akhir bagi pembukaan operasi Klinik Kesihatan Bandaraya Miri, di sini pada Khamis.

Mengenai Klinik Kesihatan Bandaraya Miri, Lee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin memberitahu, klinik tersebut dijangka mula beroperasi pada Januari depan.

“Buat masa ini, masih ada sedikit kerja-kerja kemas kini dibuat kerana terdapat beberapa kecacatan kecil dan pihak JKR (Jabatan Kerja Raya) serta kontraktor sedang membetulkan beberapa kecacatan kecil tersebut.

“Selain itu, semua peralatan perubatan mula dibawa masuk dan disusun atur pada klinik ini buat masa ini,” ujarnya.

Klinik Kesihatan Bandaraya Miri yang baharu ini merupakan klinik Jenis Dua di mana ia bolah menampung 500 hingga 800 kapasiti pengunjung sehari.

Di Sarawak, hanya terdapat dua klinik kesihatan Jenis Dua iaitu Klinik Kesihatan Bandaraya Miri dan Klinik Kesihatan Petra Jaya di Kuching.

Terdahulu, dalam kunjungan tersebut, Lee turut menyampaikan sumbangan sebanyak 10 kerusi roda tambahan bagi kegunaan pesakit di Klinik Kesihatan Bandaraya Miri.

“Klinik ini hanya mempunyai sembilan buah kerusi roda buat masa sekarang, pastinya tidak mencukupi, jadi kita beri sumbangan tambahan 10 kerusi roda lagi untuk kemudahan pesakit yang memerlukan kelak.

“Sumbangan kerusi roda ini datangnya dari Ahli Jawatankuasa Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Senadin di mana secara keseluruhannya sebanyak 70 buah kerusi roda akan diagihkan sebelum akhir tahun ini.

“Selain Klinik Kesihatan Bandaraya Miri, kerusi roda ini kelak akan diagihkan ke Hospital Miri, Klinik Kesihatan Tudan, Klinik Kesihatan Desa Senadin, Klinik Kesihatan Permyjaya dan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Cawangan Miri,” jelasnya.

Hadir sama, Pegawai Kesihatan Bahagian Miri Dr P. Raviwharmman Packierisamy, Pakar Perubatan Keluarga yang juga Ketua Klinik Kesihatan Bandaraya Miri Dr Maurice Steve Utap dan Kaunselor Jeffery Phang.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 07:53 AM GMT+8 , Processed in 0.102268 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list