CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2249|Reply: 0

[Sarawak] Kumpulan Interhill sumbang 190 kerusi roda kepada 10 hospital di Sarawak

[Copy link]
Post time 14-12-2023 04:04 PM | Show all posts |Read mode


Rogina (kanan) berjabat tangan dengan Kho ketika penyerahan kerusi roda kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak diwakili Dr Azlee (kiri). - Gambar Chimon Upon

KUCHING: Kumpulan Interhill menyumbang 190 unit kerusi roda kepada 10 buah hospital kerajaan di bahagian Kuching, Miri, Bintulu dan Sibu.

Sumbangan diserahkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) pada majlis ringkas di Dewan Pesona, Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini semalam.

Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Kho Teck Wan hadir menyaksikan penyerahan daripada Pengarah Kumpulan Interhill Rogina Hu kepada Timbalan Pengarah JKNS (Perubatan) Dr Azlee Ayub.

Dalam ucapannya, Rogina berkata Kumpulan itu menyedari pelbagai hospital memerlukan kerusi roda baharu bagi menampung peningkatan bilangan pesakit, selain ada yang sudah rosak dan tidak selamat untuk digunakan.

“Sebagai pemain korporat di Malaysia, membantu dan menyokong komuniti adalah sebahagian daripada tanggungjawab Kumpulan.

“Setiap apa yang kami lakukan, kami tidak pernah lupakan komuniti kita, kami tidak pernah lupa mereka yang memerlukan dan kami cuba terlibat dalam komuniti dalam beberapa cara, itu budaya kumpulan,” katanya.

Rogina turut berkata Kumpulan amat berbesar hati kerana dapat memberi sumbangan dan berharap kerusi roda ini dapat membantu pihak hospital.

Kumpulan kata Rogina, juga menyasarkan untuk meningkatkan usahanya dalam tanggungjawab korporat serta dapat bekerjasama dengan pihak lain seperti organisasi bukan kerajaan (NGO), kementerian dan jabatan.

Sementara itu, Dr Azlee berterima kasih kepada Kumpulan Interhill atas sumbangan ini dan percaya ia akan memberi manfaat kepada pesakit yang memerlukan.
Kho dalam pada itu berharap lebih ramai lagi badan korporat akan tampil menyumbang kepada sistem penjagaan kesihatan negeri pada masa-masa akan datang.

Katanya, bantuan daripada badan korporat kepada sistem penjagaan kesihatan adalah penting bagi memastikan sistem penjagaan kesihatan kekal kukuh terutama semasa berdepan pandemik.

“Terima kasih kepada Kumpulan Interhill atas sumbangan 190 unit kerusi roda ini bagi membantu 10 buah hospital kerajaan di sini.

“Terdapat keperluan dimana-mana, jadi saya sangat menghargai sumbangan ini dan menggesa pihak korporat yang lain untuk mempertimbangkan sektor penjagaan kesihatan dalam program tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 10:24 AM GMT+8 , Processed in 0.106125 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list