CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2021|Reply: 0

[Sarawak] Ilmu cegah kebakaran penting, kurangkan risiko kecederaan dan kematian

[Copy link]
Post time 14-12-2023 03:59 PM | Show all posts |Read mode


Chew (dua kiri) menyerahkan cenderahati kepada Chieng.

SIBU: Ilmu pengetahuan pencegahan kebakaran penting bagi mengurangkan risiko kecederaan dan kematian.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Joseph Chieng berkata mencegah kebakaran dapat membantu melindungi kediaman, bangunan dan aset berharga daripada  kemusnahan selain memelihara infrastruktur dan juga sumber masyarakat.

Berucap pada program kesedaran pencegahan kebakaran anjuran Persatuan Komuniti Sibu Lanang (SLCS) dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba) di Hann Residence di sini, semalam, beliau turut mengetengahkan perkara penting lain mengenai kepentingan kesedaran pencegahan kebakaran kepada masyarakat.

Chieng berkata, kesedaran pencegahan kebakaran juga dapat membina komuniti yang lebih berdaya tahan dengan memupuk kesedaran, kesediaan dan langkah proaktif serta mengurangkan kesan bencana berkaitan kebakaran.

Mengenai pemuliharaan sumber, beliau menyatakan bahawa dengan mengelakkan kebakaran, komuniti menjimatkan sumber tindak balas kecemasan, membolehkan sumber ini diperuntukkan dengan berkesan semasa kecemasan.

"Usaha pencegahan kebakaran meminimumkan kerosakan alam sekitar, seperti pencemaran udara dan air, memelihara ekosistem tempatan," tambah Chieng.

Dalam ucapannya sebelum itu, pengerusi penganjur, Iing Shii Ngie berharap melalui program tersebut diharap dapat menambahkan pengalaman dan pengetahuan tentang punca kebakaran, mencegah kebakaran daripada berlaku dan menyelamatkan nyawa sekiranya kebakaran berlaku.

Katanya, ini sangat penting dalam memastikan risiko kebakaran dapat dielakkan dan nyawa serta harta benda penduduk terselamat daripada sebarang kejadian kebakaran.

“Sejak kebelakangan ini, kita sering dikejutkan dengan kejadian yang tidak diingini iaitu melibatkan kebakaran di rumah kediaman dan kedai.

“Kejadian sebegini mungkin dapat dielakkan sekiranya penduduk diberi tunjuk ajar, kefahaman dan pendedahan berkaitan risiko yang boleh membawa kepada kejadian kebakaran dan juga langkah pencegahan yang perlu diambil ketika menghadapi situasi kebakaran terutama yang berlaku pada peringkat awal, " katanya.

Ling turut mengucapkan terima kasih kepada ahli jawatankuasa penganjur yang bertungkus-lumus menjayakan majlis yang penuh bermakna itu.

Pada majlis itu, demonstrasi termasuk penggunaan alat pemadam api yang betul semasa kejadian kebakaran turut diadakan.

Antara yang hadir ialah Ketua Bomba Zon 4 Andy Alie, Ketua Balai Bomba Pusat Sibu Suna Kaha dan Pengerusi SLCS Chew Kong Ang.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 03:05 PM GMT+8 , Processed in 0.051452 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list