CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1793|Reply: 0

[Sarawak] Remaja lelaki maut dalam kemalangan di depan SK Sedarat Engkilili

[Copy link]
Post time 14-12-2023 03:42 PM | Show all posts |Read mode




Keadaan di lokasi kemalangan jalan raya di hadapan SK Sedarat Engkilili, Jalan Sri Aman-Betong hari ini.

KUCHING: Seorang remaja lelaki maut dalam kemalangan jalan raya berhadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Sedarat Engkilili, Jalan Sri Aman-Betong hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 8.35 pagi.

Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Betong dikejarkan ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja menyelamat.

"Setibanya di lokasi kejadian, didapati berlaku kemalangan melibatkan sebuah kereta yang dikatakan melanggar belakang sebuah lori yang parkir di bahu jalan untuk kerja-kerja memunggah barang bagi pembinaan jejantas.

"Terdapat seorang mangsa tersepit di tempat duduk penumpang hadapan kereta dan telah berjaya dikeluarkan pihak bomba pada jam 9.30 pagi," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun katanya, mangsa yang berusia 16 tahun terbabit telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Bong Kuet Leong, manakala pemandu kereta dilaporkan turut mengalami kecederaan dan telah dihantar ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

Pasukan bomba turut melakukan pembersihan sisa kemalangan sebelum berangkat pulang ke balai.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 10:43 AM GMT+8 , Processed in 0.066577 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list