CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1826|Reply: 0

[Sarawak] Pantau projek baik pulih, bina sekolah usang

[Copy link]
Post time 14-12-2023 03:32 PM | Show all posts |Read mode
Ia bagi pastikan tiada ketirisan berlaku dalam memastikan projek itu dapat dirasai, dimanfaatkan warga sekolah



KULLIN

KUCHING: Kesatuan Guru Sarawak (STU) mendesak kerajaan dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memantau rapat pelaksanaan projek baik pulih atau bina semula sekolah usang di Sarawak.

Presidennya Kullin Djayang berkata ia penting bagi memastikan tiada ketirisan berlaku dalam memastikan projek itu dapat dirasai dan dimanfaatkan oleh warga sekolah.

Beliau menegaskan sudah tiba masanya KPM harus serius dalam pemantauan projek baik pulih atau bina semula sekolah daif di Sarawak agar ia berjalan lancar dan sempurna.

Menurutnya Sarawak sudah jauh ketinggalan dari segi fasiliti pengajaran dan pembelarajan, justeru STU mahu kerajaan lebih agresif terhadap syarikat yang mengambil tender pembinaan projek sekolah usang di seluruh negeri ini.

"Merujuk kepada laporan Ketua Audit Negara pada tahun 2022, hanya 25.6 peratus atau 386 buah daripada 1505 buah sekolah usang di seluruh negara, angka ini amat jelas menunjukkan isu sekolah usang ini harus diambil serius oleh kerajaan sekarang, khasnya di Sarawak.

"Namun sehingga November 2023 dinyatakan 689 projek telah siap sepenuhnya, 120 projek sedang berjalan dan 187 lagi projek masih di peringkat prapembinaan," katanya dalam satu kenyataan.

Oleh yang demikian STU ujarnya, sentiasa menekankan tentang pemulihan sekolah usang di Sarawak dan semua sedia maklum tahap keusangan bangunan sekolah dan kuarters guru di pedalaman Sarawak amat kritikal.

"Jika benar KPM telah menubuhkan Pasukan Petugas Khas Reformasi Sektor Awam (STAR) maka STU menuntut kehadiran pasukan ini ke sekolah luar bandar dan pedalaman Sarawak.

"Kita sedia maklum memang ada beberapa projek sedang dirancang, telah diluluskan dan ada juga yang sudah bermula namun ia hanya kelihatan terlalu perlahan jika mengikut tempoh siap yang ditetapkan," katanya.

Kehadiran STAR penting kerana didapati ada beberapa projek yang telah diluluskan tetapi belum bermula, ada yang sudah mula tetapi 'kemajuan' kurang memuaskan, tambahnya.

"Ada juga yang hampir siap walaupun telah melepasi tarikh yang ditetapkan malah lebih teruk lagi ada yang sudah siap namun keadaan hasil binaan yang sangat lemah sehingga tidak dapat diduduki atau digunakan, malah ada yang tidak mengikut bentuk dan struktur yang ditetapkan dalam pelan asal," katanya.

Kullin berpendapat, tindakan tegas harus diambil termasuk menyenarai hitam dan menarik balik lesen ke atas syarikat yang tidak dapat melangsaikan tugas atau gagal menyiapkan projek dan mutu kerja yang teruk, tidak menepati spesifikasi piawaian ditetapkan.

Menurutnya ketegasan seperti ini boleh dijadikan sebagai pengajaran kepada syarikat lain agar tidak mengulangi perkara yang sama.

"Masalah seperti inilah menyebabkan keusangan sekolah masih berlaku di Sarawak.

“Kita juga sudah jemu dengan janji dan alasan pihak kerajaan dalam menangani isu ini termasuk kerajaan yang lepas.

"Oleh itu, kali ini kita mahukan pasukan STAR yang ditubuhkan kerajaan Madani dapat member impak besar dalam menyelesaikan isu ini," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 10:05 AM GMT+8 , Processed in 0.073214 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list