CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1844|Reply: 0

[Sarawak] Rakyat perlu manfaatkan transformasi digital pelihara warisan budaya

[Copy link]
Post time 14-12-2023 03:27 PM | Show all posts |Read mode


Snowdan (tiga kanan) ketika merasmikan program RoboHeritage: Merapatkan Seni, Budaya dan Inovasi di Sarawak di Universiti Teknologi Sarawak di Sibu, hari ini.

SIBU: Rakyat harus menyedari kepentingan memelihara warisan budaya di samping menerima pakai dan memanfaatkan kuasa transformasi digital dan inovasi.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Snowdan Lawan berkata teknologi sangat penting kerana ia boleh menjadi alat yang berkuasa dalam memelihara dan mengembangkan identiti budaya.

"Hari ini kita berada di persimpangan di antara tradisi dan teknologi canggih, ketika kita hendak memulakan penerokaan menerusi gabungan dinamik robotik, warisan dan kreativiti.

"Sarawak sememangnya terkenal dengan masyarakat yang kaya dengan nilai-nilai budaya dan kita harus menyediakan latar belakang yang sempurna untuk penumpuan unik ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan RoboHeritage: Merapatkan Seni, Budaya dan Inovasi di Sarawak di Universiti Teknologi Sarawak (UTS) di sini, hari ini.

Acara itu dianjurkan oleh Persatuan E-Platform Media Digital Sarawak (SDMEA) dengan kerjasama DJI Dronekiki Sarawak dan UTS.

Ia turut disokong oleh Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak.

Terdahulu Presiden SDMEA Zoey Ting Giek berkata, acara itu adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menggunakan teknologi sebagai alat untuk melindungi dan mempromosikan tradisi budaya untuk generasi akan datang.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 08:41 AM GMT+8 , Processed in 0.061649 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list