CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9574|Reply: 0

[Terengganu] JPV Terengganu rampas 78 kambing seludup

[Copy link]
Post time 14-12-2023 10:25 AM | Show all posts |Read mode

ANTARA 78 ekor kambing dianggar bernilai RM100,000 yang dipercayai diseludup dari Thailand. FOTO Facebook Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu

Kuala Terengganu: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu merampas 78 kambing dianggar bernilai RM100,000 yang dipercayai diseludup dari Thailand, malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, rampasan dilakukan kira-kira 7.30 malam di Jalan Penarik di Setiu dan dua lelaki 30-an terdiri daripada pemandu dan kelindan lori yang membawa haiwan berkenaan, turut ditahan.

"Terdahulu, penguat kuasa JPV Terengganu mengekori sebuah lori yang dalam keadaan mencurigakan dari kawasan sempadan Kelantan-Terengganu di sekitar Tok Bali di Kelantan, sebelum menahan kenderaan itu di Jalan Penarik di Setiu kira-kira satu jam kemudian.

"Didapati di dalam lori itu, 78 kambing yang diletakkan di dalam guni dan tidak mempunyai sebarang dokumen atau permit pemindahan," katanya pada sidang media di sini malam tadi.



Turut hadir, Pengarah JPV negeri Dr Anun Man.

Dr Azman berkata, berdasarkan maklumat awal, kambing itu adalah untuk pasaran di beberapa negeri di luar Terengganu dan kes disiasat di bawah Seksyen 36 Akta Binatang 1953.

Rampasan itu katanya, kejayaan JPV Terengganu yang ke-12 bagi kes rampasan kambing dengan membabitkan 521 ekor keseluruhannya bernilai RM1.1 juta.

Beliau turut menasihati masyarakat supaya tidak terpedaya dengan tawaran kambing yang dijual pada harga rendah daripada harga pasaran kerana terdapat kemungkinan ia haiwan yang diseludup.

"Terdapat kambing seludup iaitu apabila kita sembelih, kita dapati organ dalamannya seperti buah pinggang, paru-paru dan hati telah rosak. Kita bimbang sekiranya haiwan-haiwan ini mempunyai penyakit dikategorikan sebagai penyakit zoonotik yang boleh berjangkit kepada manusia," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -78-kambing-seludup

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 04:41 AM GMT+8 , Processed in 0.441886 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list