CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9182|Reply: 0

[Terengganu] ‘Ramai pelanggan tiba-tiba batal tempahan’

[Copy link]
Post time 14-12-2023 10:20 AM | Show all posts |Read mode

Tasik Kenyir merupakan antara destinasi popular di Terengganu yang menawarkan pelbagai pilihan kepada pelancong.

KUALA TERENGGANU – Industri pelancongan di Terengganu agak merundum berikutan musim tengkujuh ketika ini dengan hanya 20 peratus tempahan melibatkan bilik penginapan yang ditawarkan hotel dan resort di negeri ini.

Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Chapter Terengganu, Suaibah Harun berkata, peratusan itu agak rendah memandangkan purata tempahan bilik penginapan di negeri ini pada fasa

Mosun Timur Laut (MTL) pada tahun-tahun sebelum adalah sekitar 40 peratus.

“Sebanyak 10 peratus tempahan bilik penginapan juga telah dibatalkan sebaik gelombang pertama banjir melanda sebahagian Terengganu pada 20 November lalu.

“Walaupun banjir gelombang pertama tersebut telah berakhir pada 30 November lalu, kebimbangan dalam kalangan pelancong itu untuk bercuti ke negeri ini tetap ada,” katanya.

MAH Chapter Terengganu dianggotai 35 operator hotel dan resort yang beroperasi di seluruh negeri ini termasuk di rangkaian pulau peranginan.

Suaibah bagaimanapun berkata, pihaknya berharap kadar tempahan bilik penginapan di negeri ini akan kembali me­lonjak pada musim cuti persekolahan bermula minggu depan.

Beliau berkata, kerajaan negeri Terengganu juga telah mengambil inisiatif menganjurkan pakej percutian musim tengkujuh.

“Banyak lokasi pelancongan masih boleh dikunjungi pada fasa MTL seperti Pasar Besar Kedai Payang, Muzium Negeri Terengganu, Taman Tamadun Islam, Masjid Kristal dan kilang pembuatan batik,” katanya.
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... iba-batal-tempahan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.238921 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list