CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7956|Reply: 0

[Perlis] Daun ketum Malaysia tak laku di Thailand

[Copy link]
Post time 14-12-2023 10:09 AM | Show all posts |Read mode
Daun ketum Malaysia tak laku di Thailand


Aizat Sharif
am@hmetro.com.my



DAUN ketum. FOTO Arkib NSTP




Padang Besar: Langkah kerajaan Thailand membenarkan penanaman daun ketum untuk tujuan perubatan di negara itu menyebabkan harga ketum Malaysia di negara itu tidak laku serta merosot hampir 200 peratus.

Malah, jika sebelum ini harganya boleh mencecah RM180 bagi satu kilogram (kg) daun ketum, kini ia merosot sehingga dijual sekitar RM30 sahaja di negara itu, manakala di Perlis pula, harganya adalah sekitar RM10 sahaja bagi sekilogram.

Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim mendedahkan langkah kerajaan Thailand itu juga dilihat ada positifnya dalam mengawal kegiatan penyeludupan daun ketum dari negara ini ke Thailand.

"Namun dalam masa yang sama pula, kegiatan penyeludupan daun ketum tempatan itu kini kembali beralih kepada pasaran domestik di mana ia akan diseludup dan diedarkan ke negeri seperti Perlis, Kedah dan sebahagiannya dibawa ke bahagian selatan tanah air.

"Kita melihat tangkapan terhadap sindiket penyeludupan ketum ke negara Thailand terutamanya dari Perlis menurun lebih 50 peratus, namun kegiatan penyeludupan ini masih diteruskan menumpukan barangan lain seperti petrol dan diesel, beras, gula dan barangan bersubsidi yang lain.

"Pengurangan dari segi tangkapan penyeludupan daun ketum ini juga membolehkan kita menumpukan tugas kita kepada permasalahan jenayah lain termasuk juga jenayah rentas sempadan serta penyeludupan barangan bersubsidi lain," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita Majlis Pelupusan Barang Kes Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar, di perkarangan Balai Polis Trafik Padang Besar, di sini semalam.

Katanya, apabila sindiket penyeludupan daun ketum mula beralih kepada pasaran tempatan, maka pihaknya tetap meneruskan pembanteras terhadap kegiatan itu secara berlipat kali ganda.

"Walaupun daun ketum negara ini sudah hilang nilainya untuk diseludup ke negara jiran kerana ia sudah pun dikomersialkan secara sah di Thailand, namun ia tetap mendapat permintaan dalam pasaran tempatan di negara ini.

"Oleh hal demikian, kita tetap meneruskan pembanterasan kita terhadap kegiatan penyeludupan daun ketum ini daripada terus berleluasa di negara ini," katanya.

Terdahulu, Muhammad menyaksikan pelupusan kes membabitkan daun dan air ketum yang dianggarkan bernilai RM5.748 juta yang dirampas dalam tempoh empat tahun iaitu antara 2018 hingga tahun lalu di Padang Besar.



Disiarkan pada: Disember 14, 2023 @ 8:24am








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:40 PM GMT+8 , Processed in 0.116465 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list