CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6523|Reply: 0

UCL: PSG tidak boleh tersilap langkah

[Copy link]
Post time 13-12-2023 02:46 PM | Show all posts |Read mode

PSG berdepan misi wajib menang ke atas Dortmund untuk memastikan mereka mampu layak ke pusingan seterusnya pada saingan UCL. - AFP

PARIS – Bekas jurulatih Perancis, Raymond Domenech mengakui bimbang dengan kemungkinan Paris Saint-Germain (PSG) bakal tersingkir di peringkat kumpulan pada saingan Liga Juara-Juara musim ini.

Skuad kendalian Luis Enrique itu akan berkunjung ke Signal Iduna Park bagi aksi terakhir peringkat Kumpulan F dan hanya kemenangan boleh memastikan mereka layak ke pusingan kalah mati.

Domenech berkata, beliau tidak yakin dengan kemampuan PSG untuk mencatat kemenangan ke atas Dortmund memandangkan juara Liga Perancis itu gagal menampilkan aksi cukup baik ketika menewaskan Nantes 2-1 Ahad lalu.

“Ketika mereka bertemu Nantes, mereka gagal untuk membuktikan kemampuan sebenar kepada saya dan mungkin jurulatih PSG itu sendiri. Nantes bukanlah satu pasukan besar, namun mereka sudah bergelut.

“Pada ketika itu, saya fikir Enrique belum fikir mengenai pertemuan dengan Dortmund. Bagaimanapun, sekarang mereka akan berdepan aksi lebih sukar, lebih-lebih lagi Dortmund sudah pun layak ke pusingan kedua,” katanya.

Sekiranya menang, PSG bukan sahaja dapat memastikan mereka layak ke pusingan kalah mati, malah berpeluang untuk menamatkan saingan peringkat kumpulan sebagai juara selain menyingkirkan Newcastle United dan AC Milan.

Dalam pada itu, Enrique juga boleh menarik nafas lega apabila beberapa pemain utama seperti Marquinhos dan Warren Zaire-Emery dilaporkan cergas sepenuhnya menjelang pertemuan dengan Dortmund. – AGENSI


https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... h-tersilap-langkah/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 12:35 AM GMT+8 , Processed in 0.049613 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list