View: 11807|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Diesel bersubsidi bernilai RM250,000 dirampas dalam lima serbuan Op Tiris
[Copy link]
|
|
ANGGOTA penguat kuasa KPDN Negeri Sembilan melakukan serbuan di sebuah premis yang disyaki melakukan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi baru-baru ini.
SEREMBAN: Sejumlah 166,623 liter barang kawalan berjadual yang disyaki diesel bersubsidi dengan anggaran nilai lebih RM250,000 dirampas dalam lima serbuan Op Tiris oleh penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan.
Operasi serbuan itu dilakukan di sekitar daerah ini dan Kuala Pilah di antara 3 hingga 9 Disember lalu.
Pengarah KPDN Negeri Sembilan, Muhammad Zahir Mazlan berkata, turut disita dalam serbuan-serbuan tersebut adalah dua buah lori tangki, tiga buah lori, sebuah unit tangki lori putih, 12 unit tangki intermediate bulk container (IBC) dan sepuluh unit pam beserta hos.
Ia sekali gus menjadikan anggaran keseluruhan nilai rampasan berjumlah lebih RM400,000.
“Tujuh orang lelaki warga tempatan telah ditahan penguat kuasa KPDN kerana disyaki telah melanggar Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 serta Peraturan 3(1) Peraturan- Peraturan Kawalan Bekalan 1974.
“KPDN Negeri Sembilan sentiasa komited dan akan mempergiat serta mempertingkatkan kawal seliaan dan operasi ke atas pengedaran barang-barang kawalan bagi memastikan bekalan barang kawalan untuk kegunaan rakyat khususnya di Negeri Sembilan sentiasa mencukupi dan tidak berlaku ketirisan yang seterusnya akan merugikan negara,” katanya.-UTUSAN.
https://www.utusan.com.my/berita ... a-serbuan-op-tiris/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|