CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18906|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Konsep perumahan inklusif Madani teras pembangunan kediaman mampu milik

[Copy link]
Post time 12-12-2023 01:47 AM | Show all posts |Read mode


ANWAR berkata, perumahan inklusif Madani bermula dengan kerjasama DBKL bagi menyediakan rumah untuk pelbagai golongan sasar. FOTO Asyraf Hamzah.

Kuala Lumpur: Konsep Perumahan Inklusif Madani akan menjadi teras pembangunan kediaman mampu milik di negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata ia bermula dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi menyediakan rumah untuk pelbagai golongan sasar di ibu kota yang akan turut dilaksanakan bersama agensi lain kerajaan.

"Dalam hal ini, kerajaan komited menjayakan agenda perumahan bagi membolehkan rakyat Malaysia tanpa mengira kumpulan pendapatan mendiami perumahan yang selesa dan harmoni bagi mendukung pembentukan masyarakat MADANI melalui komuniti berkualiti serta kohesif," katanya di laman Facebook hari ini.

Terdahulu, Anwar mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perumahan Mampu Milik Negara Tahun 2023 bagi membincangkan isu perumahan antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri serta pemain industri yang menyentuh isu nasib rakyat seperti pembinaan dan baik pulih kediaman.

Pada mesyuarat itu, Perdana Menteri berkata beliau bersetuju dengan sasaran penyediaan 500,000 unit rumah mampu milik dalam Rancangan Malaysia Ke-12 selain menekankan kepentingan supaya pencapaian tersebut dapat terus membawa manfaat kepada rakyat.

"Sekali lagi saya telah memberi penekanan kepada usaha mempercepat tempoh kelulusan pembangunan supaya dapat memangkinkan pelaburan dan memperbaiki tahap memudah cara perniagaan di Malaysia. Ini akan menarik dan memudah cara pemaju untuk menyediakan lebih banyak perumahan mampu milik," katanya.

Mesyuarat itu turut dihadiri oleh Menteri Besar, Ketua Menteri, Exco Perumahan Negeri, Menteri Kabinet serta wakil agensi penyedia perumahan yang terdiri daripada Agensi Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Badan Berkanun selain pihak pemaju perumahan swasta.

Disiarkan pada: Disember 12, 2023 @ 12:27am


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 02:32 PM GMT+8 , Processed in 0.298407 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list