CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6479|Reply: 0

[Sarawak] 23 lelaki ditahan leka sabung ayam di Tatau

[Copy link]
Post time 11-12-2023 11:15 PM | Show all posts |Read mode


Peralatan digunakan bagi menjalankan kegiatan sabung ayam yang dibakar di sebuah gelanggang sabung ayam haram di kawasan ladang kelapa sawit di Jalan Tatau-Selitut petang semalam.

BINTULU: Seramai 23 lelaki tempatan yang sedang leka menjalankan kegiatan sabung ayam di kawasan ladang kelapa sawit di Jalan Tatau-Selitut ditangkap dalam serbuan yang dijalankan petang semalam.

Ketua Polis Daerah Tatau DSP Jame Reis berkata hasil maklumat serta risikan, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tatau telah menjalankan serbuan ke atas kawasan berkenaan lalu menahan suspek-suspek yang berumur antara 30 hingga 72 tahun, sekitar 3.50 petang semalam.

"Hasil pemantauan selama 20 minit, pasukan polis mendapati sekumpulan lelaki sedang leka menjalankan kegiatan judi sabung ayam sebelum serbuan serta tangkapan dilakukan," ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, dalam serbuan itu, suspek-suspek yang bertempiaran lari ke dalam hutan, berjaya dikepung dan ditangkap oleh pasukan polis.

Turut dirampas dalam serbuan jelasnya 11 ekor ayam sabung, dua unit taji ayam sabung, satu unit papan judi sabung ayam, dua unit kanvas, satu batang pen marker hitam, satu unit alat penimbang berat, enam buah kerusi termasuk wang tunai bernilai RM516 dipercayai hasil wang pertaruhan.

Ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas suspek mendapati kesemua mereka negatif dadah, dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 73 (g) Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999 dan Langkah-Langkah Pencegahan dan Penganiayaan Terhadap Binatang 1962.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 11:03 AM GMT+8 , Processed in 0.296138 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list