CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10532|Reply: 59

[Tempatan] Rombakan Kabinet: Lima bekas menteri kembali sertai kerajaan, menteri UMNO tukar portfolio

  [Copy link]
Post time 11-12-2023 11:07 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 12-12-2023 05:30 PM

Update:


KUALA LUMPUR: Rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, menyaksikan beberapa menteri dan timbalan menteri dalam Jemaah Menteri sebelum ini bertukar portfolio.

Datuk Seri Mohamad Hasan yang sebelum ini Menteri Pertahanan, dilantik sebagai Menteri Luar, menggantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Zambry dilantik sebagai Menteri Pendidikan Tinggi, menggantikan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang dilantik menerajui Kementerian Pertahanan.

Sementara itu, Datuk Armizan Mohd Ali, yang sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Lima bekas menteri membuat kemunculan kembali dalam rombakan Kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Ghani, yang juga bekas Menteri Kewangan Kedua dalam Kabinet Kerajaan Barisan Nasional (BN) di antara 2016 hingga 2018, dilantik mengetuai portfolio baharu, Kementerian Perladangan dan Komoditi.

Pengarah Strategi AMANAH, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, yang juga bekas Menteri Kesihatan ketika pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan pada 2018-2019, kembali memegang jawatan sama.

Naib Presiden DAP, Gobind Singh Deo, yang juga bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia di bawah Kerajaan Pakatan Harapan pada 2018-2019, dilantik sebagai Menteri Digital, iaitu kementerian baharu yang diwujudkan daripada pecahan Kementerian Komunikasi dan Digital.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Noraini Ahmad, yang juga bekas Menteri Pengajian Tinggi ketika pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional, dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Naib Pengerusi DAP, M Kulasegaran, yang juga bekas Menteri Sumber Manusia ketika pentadbiran Pakatan Harapan, kembali semula dilantik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi).

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/12/1188122/lima-bekas-menteri-kembali-sertai-kabinet



KUALA LUMPUR – Spekulasi semakin kuat mengenai pertukaran dan pengguguran beberapa menteri dalam rombakan Kabinet pertama di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Ia susulan upacara Istiadat Pengurniaan Surat Cara Perlantikan sertai Istiadat Mengangkat Sumpah Menteri dan Setia Sumpah Sumpah Simpan Rahsia oleh Menteri Persekutuan dijadualkan akan berlangsung di Istana Negara pada jam 3 petang esok.


Sumber MalaysiaGazette berkata, akan berlaku ‘kejutan besar’ pada rombakan kali ini termasuk  pertukaran portfolio.


Selain itu, ada kementerian diselaraskan atau dibahagi dua.


“Apa yang difahamkan bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang pernah diterajui oleh Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub akan disandang oleh Naib Presiden Amanah, Adly Zahari yang juga Timbalan Menteri Pertahanan.


“Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa juga akan bertukar portfolio, mungkin ke Kementerian Wilayah yang akan dinaik taraf. Tetapi macam-macam boleh berlaku kerana ramai berpendapat Dr Zaliha sesuai dengan jawatan sekarang dan beliau perlu diberikan peluang lebih lama menerajui kementerian berkenaan. Dengarnya masih ada ‘rundingan’ lagi.


“Nama Datuk Seri Johari Ghani pula disebut-sebut untuk menerajui Kementerian Komunikasi dan Digital. Nama beliau sebelum ini ada disebut untuk menjawat jawatan Kementerian Kewangan namun rasanya tidak ada sebarang perubahan dalam perkara itu. Kementerian ini juga mungkin pemisahan bidang tugas dengan kemunculan Gobind Singh Deo (dulu Mantan Menteri Komunikasi).


“Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Nasir mungkin akan diangkat naik jadi menteri penuh, manakala ada kementerian yang akan diselaraskan. Antaranya, Kementerian Air dan Alam Sekitar diterajui Nik Nazmi manakala Kementerian Tenaga dan Sumber Asli pula, Datuk Seri Fadillah Yusof,” katanya.


MalaysiaGazette juga difahamkan tidak ada perubahan dalam Kementerian Pendidikan yang sedang diterajui oleh Fadhlina Sidek.


“Tidak akan ada perubahan kerusi-kerusi diterajui UMNO atau DAP,” ujar sumber tersebut.


Katanya, wujud desas-desus pelantikan individu profesional untuk menjadi Menteri Kewangan Kedua.


Setakat malam ini, nama Datuk Seri Amir Hamzah cukup popular, dikatakan akan dipilih menjadi orang nombor dua di Kementerian Kewangan.


Apa yang pasti, sumber berkata, rombakan esok akan menampilkan wajah baharu dan lama dengan jangkaan bekas menteri juga akan muncul semula.


https://malaysiagazette.com/2023/12/11/ada-kejutan-besar-dalam-rombakan-kabinet/


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2023 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Boring....ko tukarlah byk kali mcm mana pun. Defisit kepercayaan tu tetap x boleh dipulihkan
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2023 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Dato Jo tu mmg lyk ment kew. Xpun ganti raja formula-mula
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2023 01:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Piji formula campak katne?


Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2023 01:21 AM | Show all posts
menteri kewangan tukar jadi menteri luar negeri sebab banyak berjalan oversea.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2023 01:40 AM | Show all posts
Pi mai², tang tu jugak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-12-2023 03:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Keje hauk tp kemain nak rombak itu ini.silap2 kabinet bapok tua ni lagi bsr dari kabinet din pagoh yg dorg kutuk dulu2
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2023 06:56 AM | Show all posts
Mat Sabu tersenyum sinis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2023 07:40 AM | Show all posts
dlu kata nk kecikkan bil menteri..skrg dh mcm sama mcm dlu jgk
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2023 07:53 AM | Show all posts
lantiklah apek DAP sebagai TPM, baru buka laluan utk jadi PM
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2023 08:02 AM | Show all posts
mat sabu jadi menteri kewangan 1
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2023 08:05 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2023 08:36 AM | Show all posts
xpa, tunggu list rasmi keluar dulu
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2023 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
cranell replied at 12-12-2023 01:21 AM
menteri kewangan tukar jadi menteri luar negeri sebab banyak berjalan oversea.

Bagus jgk idea nie. Dulu ada baca mana ntah, byk keje dkt mof pending sbb menteri bz kerja luar.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2023 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
johan-adx replied at 12-12-2023 07:40 AM
dlu kata nk kecikkan bil menteri..skrg dh mcm sama mcm dlu jgk

Sudahnya pecahkan balik & tambah lagi. Kalau tmbh menteri, mcm mustahil dia nak buang menteri yg ada jd option tambah kementerian.

Kalau betul kementerian fahmi tue pecah dua mcm kelakar jgk la.

Bertambah kementerian & menteri so bertambah lah pegawai lantikan politik. Jd cerita pasal duit takde, nak cut cost sana sini sembang kari jer.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2023 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Fahmi fadzil da x Lena tidur
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2023 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
I bet makin banyak kementerian  and kabinet ni makin besar
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2023 09:17 AM | Show all posts
lostnfaun replied at 12-12-2023 09:06 AM
Sudahnya pecahkan balik & tambah lagi. Kalau tmbh menteri, mcm mustahil dia nak buang menteri yg a ...

menteri kurang mmg takkan lah..mana kjaan pun dlm msia ni perintah100thn lg pun tetap sama
sbb jwtn ikut parti..gabungan plak byk parti
jd mustahil nk ada 20org menteri dan kebwh
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2023 09:18 AM | Show all posts
no komen. tunggu je la nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2023 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Buat extension ke?
Jgn bosarkan lagi lak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-2-2024 02:56 AM GMT+8 , Processed in 0.075455 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list