CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5426|Reply: 0

[Sarawak] Wanita tidak mengaku bantu jalankan loteri tanpa lesen

[Copy link]
Post time 11-12-2023 10:53 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan membantu menjalankan aktiviti loteri tanpa lesen.
   
Nur Alyani Abdullah, 21, dari Kampung Tegageng, Suai telah didakwa mengikut Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan dihukum di bawah Seksyen 4A akta yang sama.
   
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak kurang RM20,000 dan tidak melebihi RM200,000 dan penjara tidak melebihi lima tahun.
   
Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh telah didakwa membantu menjalankan aktiviti penjualan tiket loteri tanpa lesen.
   
Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 3.37 petang, 8 Disember lalu di sebuah kedai pakaian terpakai di Senadin Gateway Commercial Centre di sini.
   
Setelah mendengar pengakuan tidak salah tertuduh, mahkamah kemudian menetapkan 9 Januari depan untuk pengurusan kes.
   
Mahkamah turut memerintahkan serahan dokumen mengikut Seksyen 51A Kanun Prosedur Jenayah dibuat pada atau sebelum tarikh tersebut.
   
Pendakwaan dilakukan Inspektor Mudzilawati Abdul Rahman di hadapan Majistret Sandy Yvette Freddy manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.



https://www.utusanborneo.com.my/2023/12/11/wanita-tidak-mengaku-bantu-jalankan-loteri-tanpa-lesen

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 07:57 AM GMT+8 , Processed in 0.050434 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list