CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2418|Reply: 0

[Sarawak] Program Xperience TVET, Karnival Keusahawanan mampu menjadi platform promosi, pasar produk

[Copy link]
Post time 11-12-2023 10:29 PM | Show all posts |Read mode


Sofhi (tengah) menyampaikan cenderamata kepada peserta peragaan fesyen pada Majlis Penutupan Program Xperience TVET dan Karnival Keusahawanan POLYCC Zon Sarawak hari ini.

KUCHING: Program Xperience TVET dan Karnival Keusahawanan anjuran Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) di sini, mampu menjadi platform untuk pelajar mempromosi dan memasarkan produk mereka.

Pegawai Daerah Kuching Sofhi Jebal berkata, pelaksanaan program itu penting kerana pelajar diberi pendedahan untuk berniaga di kawasan trafik tinggi atau tempat yang menjadi tumpuan ramai.

Malah katanya, program itu menyediakan peluang kepada pelajar keusahawanan untuk menarik pelanggan yang mencari produk atau perkhidmatan yang mereka tawarkan selain keperluan bersaing dengan peniaga lain.

“Dengan cara ini, pelajar terlibat boleh mengalami pertumbuhan perniagaan yang pesat kerana jumlah pelanggan yang tinggi sekali gus membantu meningkatkan pendapatan mereka dengan cepat.

“Adalah penting untuk pelajar keusahawanan melakukan kajian pasaran yang baik supaya dapat memahami pasaran tempatan di kawasan trafik tinggi yang membolehkan mereka belajar tentang pengurusan perniagaan, perkhidmatan pelanggan dan pemasaran secara praktikal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Program Xperience Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan  Karnival Keusahawanan POLYCC Zon Sarawak di Vivacity Megamall di sini, hari ini.

Hadir sama Pengarah Politeknik Kuching Samsudin Mohd Saleh yang juga pengerusi POLYCC Zon Sarawak dan Pengarah Kolej Komuniti Kuching Sumbang Mandaw.

Selain itu, Sofhi berkata, program yang berlangsung selama dua hari itu dijangka dapat mencapai peningkatan yang ketara dalam kebolehpasaran graduan TVET.

Ini kerana katanya, mereka akan dilengkapi dengan kemahiran praktikal yang dicari oleh majikan dan membantu mereka mendapatkan pekerjaan dengan lebih mudah.

“Di samping itu ia dapat membantu meningkatkan penglibatan dan motivasi pelajar TVET untuk belajar kerana pembelajaran berdasarkan pengalaman yang dijalankan akan membuat pendidikan mereka lebih menarik dan relevan,” ujarnya.

Justeru, beliau berharap program itu dimanfaatkan sepenuhnya agar dapat membawa impak positif kepada bakal golongan usahawan hasil didikan latihan TVET di Kolej Komuniti Kuching dan Politeknik Kuching.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 10:11 AM GMT+8 , Processed in 0.056930 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list