CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2060|Reply: 0

[Sarawak] Masyarakat diingatkan sentiasa peka dengan pelbagai penyakit berjangkit

[Copy link]
Post time 11-12-2023 10:19 PM | Show all posts |Read mode


Anthony (tiga kanan) menyampaikan cenderamata kepada Zaifa (tiga kiri) sambil diperhatikan yang lain.

SRI AMAN: Masyarakat di daerah ini diingatkan sentiasa peka dengan keadaan semasa berkaitan pelbagai penyakit berjangkit yang semakin menular dalam kalangan komuniti setempat.

Pegawai Pendidikan Kesihatan, Unit Promosi Kesihatan, Pejabat Kesihatan Bahagian (PKB) Sri Aman Zaifa Johari berkata, dalam keadaan cuaca tidak menentu ini amat mudah penyakit berjangkit kepada masyarakat tanpa mengira umur sama ada orang dewasa atau kanak-kanak.

Menurutnya, Unit Promosi Kesihatan PKB Sri Aman giat melakukan promosi dan pelbagai sesi ceramah bagi memberi kesedaran kepada masyarakat setempat tentang pelbagai penyakit berjangkit.

"Ini termasuk sesi ceramah berkaitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), demam denggi dan rabies," katanya ketika menyampaikan ceramah mengenai penyakit berjangkit anjuran Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) di sini hari ini.

Selain itu, Pasukan Unit Promosi Kesihatan dan Unit Denggi, Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman turut memberi nasihat secara individu kepada orang ramai mengenai penyakit berjangkit yang kian meningkat.

“Kita turut menyediakan pameran kesihatan dan mengedarkan risalah serta poster yang turut diperluaskan dari semasa ke semasa ke pejabat-pejabat kerajaan, pejabat swasta termasuk ke rumah panjang dan kampung bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai penyakit berjangkit,” jelasnya.

Terdahulu, majlis penutupan program itu disempurnakan Wali Kota MDSA Anthony Abell Chendan.

Hadir sama Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman Dayang Sofiana.

Antara aktiviti diadakan sempena program itu termasuk pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, pendaftaran lesen anjing dan vaksinasi anjing.

Sekitar 100 orang Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) serta komuniti setempat di Sri Aman hadir pada program itu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 11:02 AM GMT+8 , Processed in 0.052732 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list