CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2121|Reply: 0

[Sarawak] Ubah persepsi negatif terhadap KKJTHB Sibu

[Copy link]
Post time 11-12-2023 10:13 PM | Show all posts |Read mode


Yusnar (dua kiri) menyampaikan Anugerah Permata KKJTHB Khas (Putera) kepada Ashraf Shazwan Hairul.

SIBU: Masyarakat harus mengubah persepsi negatif terhadap Kompleks Kebajikan Juma'ani Tuanku Haji Bujang (KKJTHB) Sibu.

Pengerusinya, Dato Mohamad Yusnar Matalie berkata, KKJTHB bukan tempat untuk menagih simpati, sebaliknya ia merupakan tempat bagi meningkatkan potensi anak-anak yang menghuni kompleks tersebut.

“Waris-waris ialah ibu yang kehilangan suami lebih mengetahui beban yang ditanggung. Mereka hantar anak ke sini bukan tidak sayang, tapi untuk meningkatkan potensi.

“Di sini, kita membina keyakinan diri mereka, kita ada kelas silat untuk membina keyakinan dan ada yang mewakili Sarawak, kelas kulinari dan bermacam-macam kita buat untuk meningkatkan potensi mereka,” ujarnya pada Majlis Apresiasi KKJTHB 2023, malam Sabtu.


Yusnar (dua kiri) menyampaikan Anugerah Permata KKJTHB Khas (Puteri) kepada Ayu Syakilla Jamali.

Yusnar yang juga Ahli Lembaga Peryatim Sarawak memberitahu, masih ramai masyarakat yang  menganggap KKJTHB adalah milik Kerajaan Sarawak.

"Sebenarnya tanggapan itu adalah salah, KKJTHB adalah badan bukan kerajaan (NGO) yang memerlukan sokongan, bantuan dan khidmat bakti semua pihak,” katanya.

Beliau berharap enam orang anak-anak penghuni kompleks tersebut yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini dapat mengikut langkah rakan-rakan yang telah berjaya dan melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi.

“Di kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka di sebalik tabir kejayaan anak-anak yang menghuni kompleks ini telah berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi,” ujarnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 11:14 PM GMT+8 , Processed in 0.055090 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list