CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13121|Reply: 0

[Sarawak] UKAS perlu kemas kini cara bekerja dan lebih aktif di lapangan: Abdullah

[Copy link]
Post time 10-12-2023 07:37 AM | Show all posts |Read mode

Abdullah (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama warga UKAS serta wakil media yang lain. - Gambar Chimon Upon


KUCHING: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) perlu mengemas kini cara bekerja dan lebih aktif di lapangan terutama dalam menyebarkan inisiatif serta dasar Kerajaan Sarawak.



Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol berkata, empat bulan pertama tahun depan adalah  penting di mana kerajaan mahu pastikan rakyat memahami apa yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2024.

"Premier mahu supaya belanjawan dengan peruntukan lebih RM12 bilion diuruskan dengan baik dan benar-benar dirasai oleh rakyat.

"Pada masa sama Ombudsman Sarawak diperkenalkan bagi memastikan tidak berlaku ketirisan dan sebagainya," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui  pada Majlis Apresiasi dan Bergerak ke Hadapan 2023 UKAS  di sebuah hotel di sini, malam Jumaat.

Mengenai peranan UKAS dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak tahun depan, Abdullah berkata bukan sahaja UKAS, media lain juga harus bersedia untuk acara itu serta lain-lain acara besar yang akan berlangsung tahun depan.

Pada majlis itu, Abdullah turut menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada kakitangan UKAS serta sijil dan hadiah kepada pesara UKAS.

Hadir sama, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) Datu Hii Chang Kee, Pengarah UKAS Samuel Simon, Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Media Group (SMG) Kushairi Abang, Pengarah Jabatan Penyiaran Sarawak Wan Azhan Wan Hamat dan Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Borneo Mohammad Rizal Mohamed Yunus.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 11:15 PM GMT+8 , Processed in 0.054385 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list