CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25158|Reply: 10

[Tempatan] Baru sebulan tiba di Malaysia, Warga asing Filipina sudah kahwin orang tempatan

  [Copy link]
Post time 9-12-2023 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 9-12-2023 12:37 AM

KUALA LUMPUR: Baru sahaja sebulan berada di Malaysia dengan menggunakan pas lawatan sosial, seorang wanita warga Filipina mendakwa dirinya sudah berkahwin dengan lelaki tempatan.



Malah, wanita berusia 29 tahun itu juga mendakwa dirinya mempunyai permit untuk bekerja di sebuah salon di Kompleks Kota Raya, di sini, sejak beberapa bulan lalu.

Wanita itu berkata, dia memasuki Malaysia pada Februari lalu menggunakan pas lawatan sosial sebelum berkahwin dengan suaminya yang juga warga tempatan pada Mac lalu.

“Saya sudah bekerja di sini selama tujuh bulan sejak Mei lalu dengan gaji RM2,000 sebulan.

“Di sini, (Kompleks Kota Raya), memang ramai pengunjung dan pekerja warga Filipina kerana banyak kemudahan orang kami di tempat ini,” katanya ketika ditemui di kompleks berkenaan, hari ini.

Seorang lagi pekerja warga Filipina di kompleks terbabit iaitu seorang wanita berusia 54 tahun berkata, dia sudah bekerja di sebuah restoran di sana sejak lebih dua tahun lalu.

“Saya datang ke Kuala Lumpur mengikut suami yang juga warga tempatan berasal dari Lahad Datu, Sabah sejak 20 tahun lalu.

“Mula-mula masuk ke Lahad Datu kira-kira 30 tahun lalu, saya ‘kosong’ (tiada dokumen) sebelum berkahwin dengan suami dan dia ajak datang sini (Kuala Lumpur).

“Beberapa tahun kemudian, saya memohon pasport dengan Konsulat Filipina dan memohon menjadi penduduk tetap,” katanya yang mendakwa memiliki kad pengenalan merah.

Wanita itu juga memaklumkan bahawa dia diberi gaji RM3,000 sebulan untuk bekerja di sebuah restoran di kompleks berkenaan.

Sementara itu, seorang pengunjung warga Filipina yang juga mak nyah berusia 22 tahun berkata, dia datang ke kompleks berkenaan untuk ke spa kecantikan.

“Saya memang kerap datang ke sini sejak masuk ke Malaysia kira-kira lima tahun lalu untuk bekerja di sebuah syarikat swasta.

“Kompleks ini memang popular dalam kalangan orang Filipina kerana ada banyak produk Filipina termasuk makanan dijual di sini.

“Setiap kali datang ke sini, ia mengingatkan saya dengan suasana berada di kampung halaman di Manila kerana ramai orang (Filipina) dan banyak barangan kami dijual di sini,” jelasnya. – UTUSAN

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2023 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts
@Friska tersenyum sinis. Lama friska x online. Mesti tgh sibuk jaga laki jusa c dia
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2023 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Jantan2 kabaret ni kalau kawin warga asing takpe pulak...tp kalau perempuan/ andalusia nk kawin dgn warga asing ..kemain dihinanya..shibai
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2023 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
30 tahun sudah 3 generasi dan sudah membiak 20 org ka
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2023 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
pocongkiutss replied at 9-12-2023 12:57 AM
Jantan2 kabaret ni kalau kawin warga asing takpe pulak...tp kalau perempuan/ andalusia nk kawin dgn  ...

Sbb dah undang2 berat sebelah giteww.. nak wat camne..
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2023 12:51 PM | Show all posts
pocongkiutss replied at 9-12-2023 12:57 AM
Jantan2 kabaret ni kalau kawin warga asing takpe pulak...tp kalau perempuan/ andalusia nk kawin dgn  ...

memang shibai pun melies kita ni youall..kalau kita ni kawen dengan warga 3rd world country baca je la cercaan mereka di media sosial.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-12-2023 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
filipins mmg beranak byk mcm rohingya, agama katolik dieorg marah kalu beromen pakai kondom.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2023 02:31 PM | Show all posts




Bangsat Rohingya pulak buat undang2 sendiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2023 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawin tak kawin...takde doc..hantar balik la...dakwa ada dokumen tp tak tjk or dokumen tak sah babai la....boleh plak kedutaan dia bg gitu je eh?
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2023 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
mudah nau org kita kawen dgn depa ni
pastu membiak2 la byk2 kat sini
lps ni dorang pulak yg berkuasa kat sini...mmg dah ada yg berkuasa kan dlm diam
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
I.K.A888990 replied at 9-12-2023 04:30 PM
mudah nau org kita kawen dgn depa ni
pastu membiak2 la byk2 kat sini
lps ni dorang pulak yg berkuasa ...


Sebab tu orang kita kalau kahwin jangan sikit siket fasakh je...bercerai memanjang.

Kahwin wargaasing susah sikit nak bercerai.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:41 AM GMT+8 , Processed in 0.057750 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list