CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16137|Reply: 15

Padang SNBJ rosak, Instagram Hans Isaac 'diserang' peminat

  [Copy link]
Post time 8-12-2023 12:50 PM | Show all posts |Read mode


PEMINAT bola sepak negara membanjiri ruangan komen di laman sosial, Instagram milik Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Datuk Gerald Hans Isaac dan menggesa beliau membaik pulih padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang telah rosak.

Rata-rata orang ramai meminta beliau untuk bertanggungjawab atas kerosakan tersebut dan membaikinya segera sebelum perlawanan akhir Piala Malaysia 8 Disember ini.

Bukan itu sahaja, pengguna media sosial juga turut meminta Hans Isaac untuk berkongsi perkembangan terkini padang SNBJ.

“Kenyataan yang dimuat naik oleh PSM seolah-olah sudah membaiki padang SBNJ tetapi macam mana sekarang? Anda turun padang atau tidak! Final Piala Malaysia sudah semakin dekat,” tulis @ultrasmalaya.com.my.

Sementara itu, ada juga yang meminta Hans Isaac untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PSM dan beri kepada individu berkelayakan.

Menurut seorang pemilik akaun @shahrulhanifi berkata, jika tidak mengetahui cara untuk menjaga padang adalah lebih baik melepaskan jawatan yang dipegang kini.

Sementara itu, ada juga pengguna media sosial lain yang meminta Hans Isaac untuk menjaga padang itu sebaik-baiknya setelah Tunku Ismail mengeluarkan sejumlah wang bagi mencantikkannya.

“Apabila orang sudah beri tanggungjawab, maka laksanakan dengan amanah. Jika tidak tahu cara penjagaan, boleh belajar dengan Tunku Mahkota Johor. Jangan nak tunjuk pandai,” tulis @imrnhyt.

Sebelum ini, SNBJ telah digunakan sebagai tempat berlangsungnya konsert artis antarabangsa, Coldplay pada 22 November lalu.

Pada 24 November lalu, akhbar melaporkan, PSM memberi jaminan permukaan padang SNBJ boleh digunakan bagi perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 antara juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC pada 8 Disember ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Mohd Faidz Sanusi berkata, susulan kerosakan yang berlaku selepas konsert Coldplay, pihaknya akan melakukan kerja-kerja membaik pulih pada kadar segera seperti yang dilakukan ketika final Pestabola Merdeka 2023 sebelum ini.


  


  


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2023 12:57 PM | Show all posts
bila anak seni jaga stadium. orang dah cakap konsert rosakkan padang tak nak dengar. yg lagi pelik macam mana dia tiba2 boleh jadi pengerusi
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
watatakut replied at 8-12-2023 12:57 PM
bila anak seni jaga stadium. orang dah cakap konsert rosakkan padang tak nak dengar. yg lagi pelik m ...

Haah.. Apa kelayakkan dia?
Siapa yg la tik dia?
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada gaji ke? Elaun mesti lebat kot. Macam mana dia tiba2 jaga stadium?
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 8-12-2023 01:19 PM
Ada gaji ke? Elaun mesti lebat kot. Macam mana dia tiba2 jaga stadium?

Sebab boleh dek
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Kroni ke apa ni ? Kaki bangku tapi pengerusi psm.. Malaysia boleh!

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-12-2023 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg penting duit masyukk
Lepas ni pegang jawatan bos astro
Pulak
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 02:59 PM | Show all posts
yg ahli dalam bidang pun ada je org komplen tak perform tugas berkaitan, ini kan pulak bekas actor??? seriously dah takde yg ahli dlm sukan ke yg layak dilantik??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2023 03:09 PM | Show all posts
beatgirlX replied at 8-12-2023 01:15 PM
Haah.. Apa kelayakkan dia?
Siapa yg la tik dia?

kelayakan dengan jilatan terbaik dan terpadu gitu...
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
pinta timemjay tampar …..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 04:36 PM | Show all posts
bebal apa Pengarah Pusat Sukan USIM? ini dah lebih seminggu...
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by nadie90 at 8-12-2023 08:50 AM

X 'sentap' ka Dato'....memang patut IG kena serang dgn warganet....Dato' ni kan mana mau kalah....Dato' terpaling betul dalam semua benda punya
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Berita terkini...dato HI....dipecat...can anyone verify this?
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Gi je la minta yg sewa buat konsert tu baiki. Masa masuk elok, masa keluar patut elok juga la.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Inilah pentingnya ambil org yg layak bukan lantikan politik...hauk jadinya..dah la tak berapa cerdik
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
pokokmeranti replied at 8-12-2023 04:36 PM
bebal apa Pengarah Pusat Sukan USIM? ini dah lebih seminggu...

Cer share plak padang usim mana?sihat2 idak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:38 AM GMT+8 , Processed in 0.063209 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list