CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6897|Reply: 13

[Dunia] Mustahil OIC boleh ada pakatan tentera - Hamid Albar

  [Copy link]
Post time 8-12-2023 08:39 AM | Show all posts |Read mode



PETALING JAYA: Cadangan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mewujudkan pakatan ketenteraan adalah tidak masuk akal kerana prinsip penubuhan organisasi yang tertubuh sejak 1969 itu hanyalah atas dasar kerjasama persahabatan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar menjelaskan sebarang konflik yang melibatkan negara anggota OIC yang beribu pejabat di Jeddah, Arab Saudi, ia hanyalah tanggungjawab negara itu sendiri.

“Negara-negara OIC tidak boleh mempunyai pakatan ketenteraan sebab mereka akan membeli kelengkapan infantri daripada negara Britain.

“Mustahil kita boleh menggunakan peralatan untuk ‘membantai’ atau menyerang ‘rakan-rakan’ sekutu (allied) yang mesra dengan negara itu sendiri (Israel),” katanya.

Beliau mengulas mengenai cadangan yang bertebaran dalam aplikasi X supaya OIC menu­buhkan pakatan kententeraan bagi menentang kezaliman Zionis Israel di Semenanjung Gaza.

Dalam masa sama, Syed Hamid berkata, dua pertiga negara OIC adalah negara miskin dan mundur serta tidak mempu­nyai kewangan mencukupi bagi pembelian persenjataan.

“Kebanyakan negara anggota adalah negara yang tidak maju, mundur dan tiada ‘fulus’ (duit).

“Sebab itu, (Palestin) perlu mempunyai ruang kebebasan dan menghasilkan sendiri persenjataan bagi menentang Zionis Israel. Ikutkan hari ini sebenarnya Israel sudah kalah sebab gagal menawan Utara Gaza selepas lebih sebulan me­lakukan serangan,” jelasnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pejuang Hamas sudah lama mahu membebaskan negara Palestin daripada penjajahan kaum pendatang (Zionis Israel) yang mendabik dada dengan jenayah genosid dan sistem aparteid.

“Soalnya bukan rakyat Palestin mahu keluarkan Yahudi (dari Gaza), soalnya menghalau keluar Zionis Israel yang sentiasa merasakan mereka adalah bangsa istimewa.

“Israel adalah pengganas sebenar termasuk Amerika Syarikat. Apatah lagi dengan cadangan two-state solution yang dilaungkan Barat. Saya langsung tak pernah bersetuju,” tegasnya. – UTUSAN

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2023 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Kuwait.. Egypt... Jordan pernah ada bad experiences dengan palestinian sendiri kadang kadang bukan sebab miskin... Sama saja malaysian benci rohinya... Contoh kuwait pernah shelter ramai refugees dari palestine but ketika iraq serang kuwait... Palestinian refugees support saddam... Ketika depa kena expelled dari kuwait
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Siapa nak lead. Saudi..? Saudi nak lawan Yaman yg rumah dibuat dari.lumpur tu pon dia fail.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Bersabarlah. Imam Mahdi Malaysia sedang bersiap sedia untuk menghunuskan pedang beliau. Tengah sapu marjerin kejap supaya lebih lancar dan licin. Sabar naa
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 12:33 PM | Show all posts
apa yg mustahil.tak percaya ke apa dalam Al-Quran... pasti terjadi bila tiba masanya. mungkin bila ww3 start. no more law, no more rules
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kli blh zaman bosnia dlu dah buat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-12-2023 01:59 PM | Show all posts
TS still in jawatankuasa penaja bersatu lagi ke.... jaga je la duit bersatu tu baik2...
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 02:25 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 8-12-2023 02:26 PM
jiwasemangat replied at 8-12-2023 10:49 AM
Siapa nak lead. Saudi..? Saudi nak lawan Yaman yg rumah dibuat dari.lumpur tu pon dia fail.

Malaysia Bani Tamimlah yang legitimate memimpin  atau memberikan arahan di OIC... Ingat ini adalah kehendak Tuhan ..

Saat kini .. seluruh negara islam dan umah islam sedunia menantikan  titah dan fatwa dari PMX Bani Tamim  ... semakin cepat akan semakin baik kerana kita saat ini sedang berpacu dengan waktu ....



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2023 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Lambat laun tentera OIC akan berarak dari timur juga
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 02:58 PM | Show all posts
nampak sangat umat islam di dunia sangat lemah...semua sudah di pegang zionis...bersiap sedialah semua
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 03:31 PM | Show all posts
DS Hamid Albar ni bebaru ni i olls jumpa sbb dia ada buat perasmian majlis...masih nampak kuat, bg ucapan pon bes..umor boleh tahan nk 80 dah...cakap pon still articulate
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 03:44 PM | Show all posts
Nak buat pakatan tentera cakap lah pakatan tentera macam NATO. Intinya jangan abuse OIC.

Soalnya mampu ka?


Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Sesama OIC pun huru hara..ada hati nak buat angkatan tentera macam la korang tu otak Kokusen
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihhh betul dgn keadaan skrg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:47 AM GMT+8 , Processed in 0.210468 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list