CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tatod

Zayn Rayyan Sah Dibunuh, Ada Kecederaan Di Leher, Badan

    [Copy link]
Post time 25-2-2024 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kangkung1M replied at 23-2-2024 08:12 PM
Nukilan ibu arwah.

Nanges plak iols baca post Ni
Huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2024 09:10 AM | Show all posts
Mak dia memang tangan seni, buat apa-apa pun kemas je, tengok kubur arwah tu kemas betul.. Cantik je
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2024 11:02 PM | Show all posts
Edited by Kangkung1M at 26-2-2024 11:07 AM
shernazz replied at 25-2-2024 08:14 AM
Nanges plak iols baca post Ni
Huhu

Hari ini beberapa agamawan tegur perbuatan keluarga arwah menyanyi dan meraikan ulang tahun kelahiran di tanah perkuburan. Semoga keluarga arwah menerima baik teguran ini dengan lapang dada sekali gus menjadi iktibar kepada masyarakat agar tidak menormalisasikan perlakuan sebegini.

Mereka yang kematian ahli keluarga, tidak seharusnya meraikan secara berlebihan ulang tahun kelahiran si mati, terutama hingga menjadikan tanah perkuburan sebagai medan sambutan, kerana ia bukan budaya Islam, apatah lagi mengenangkannya seperti masih hidup.

Bekas Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman, berkata lebih afdal jika majlis tahlil dibuat di rumah dan diikuti dengan melakukan ziarah di kubur kerana ziarah si mati dituntut dilakukan pada bila-bila masa.

"Apabila berada di kubur, kita disunatkan berzikir serta berdoa. Tanah perkuburan bukan tempat untuk berpesta atau bersukaria, malah dalam Islam ia tidak melarang seseorang makan atau minum.

"Perbuatan tidak bercanggah dengan agama serta tidak khurafat, tidak dilarang. Jadi kalau ada keluarga mengingati si mati sempena ulang tahun hari lahirnya, bukan salah, cuma ia bukan perkara lazim dilakukan dalam masyarakat kita.

"Namun lebih baik sekiranya masyarakat membudayakan kelaziman supaya lebih kerap menziarah kubur kerana ia mengingatkan kita akan kematian, tetapi biar menziarahinya dengan membaca al-Quran kerana satu hari kita juga akan meninggal dunia," katanya kepada BH.

Sebelum ini tular di media sosial apabila sebuah keluarga memuat naik hantaran ke media sosial yang memperlihatkan mereka membawakan kek dan menyanyikan lagu 'Happy Birthday' di pusara ahli keluarga yang menjadi mangsa pembunuhan.

Video itu mendapatkan ribuan tanda 'suka' berikutan kisah kematian si mati masih mendapat perhatian ramai seluruh negara dan dalang yang melakukannya belum dapat ditangkap.

Abdul Rahman bagaimanapun berkata, orang ramai tidak boleh menormalisasikan perbuatan 'bergembira' kerana perlu mengingati azab kubur dan menghormati tempat persemadian umat Islam itu.

"Dalam Islam sambutan hari lahir (hari Hol) boleh dibuat tetapi adab menziarahi kubur perlu diambil perhatian kerana ziarah itu dituntut dan tidak hanya dibuat ketika tiba musim perayaan seperti menjadi kelaziman dalam masyarakat.

"Malah jika dahaga atau lapar dibolehkan makan di tanah perkuburan, bahkan untuk meniup lilin. Tetapi perbuatan itu jangan bercanggah atau melakukan perbuatan yang menjurus khurafat.

"Di Mesir contohnya, ada keluarga datang ke kubur dan mereka makan bersama-sama. Ia tidak dilarang dalam Islam, tapi biarlah perbuatan itu berpada-pada, tidak melampaui akidah," katanya.

Sebagai contoh, katanya, jangan hanya mendahului sambutan tetapi tidak membaca al-Quran.

"Jangan hanya tiup lilin tetapi tidak membaca al-Quran, itu sudah bercanggah. Bagi saya lebih baik melakukan tahlil di rumah, kemudian ziarah di rumah. Sekiranya ada jamuan, biarlah dibuat di rumah," katanya.

Sementara itu, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, menyarankan keluarga yang kematian ahli keluarga disaran menggantikan perbuatan meraikan orang meninggal dunia dengan menjamu makan kepada anak-anak yatim.

"Menjamu anak yatim atau memberi makan kepada fakir miskin adalah lebih baik kerana manfaatnya jauh lebih besar buat dirinya, di samping memohon keampunan buatnya.

"Tindakan membawa kek atau menyanyikan lagu juga hendaklah dihentikan dan digantikan dengan doa dan begitu juga digantikan dengan sedekah kepada si mati. Ini yang dianjurkan dalam Islam," katanya.

Beliau berkata, melalui perbuatan itu pahala hasil memberikan makan kepada orang lain sampai kepada si mati, walaupun dia sudah berada di alam barzakh.

"Semoga tindakan dilakukan itu, dipandu oleh syarak dan disuluh oleh hadis nabi dan seterusnya kita menjadi orang yang benar-benar mengikuti ajaran Islam," katanya.
Sumber: https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2024/02/1216974/boleh-makan-minum-di-kubur-tetapi-jangan-menjurus-khurafat-melampaui

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2024 06:41 AM | Show all posts
Sedihnya tgk tiktok mak zayn tp zayn dh happy2 kt sana dgn senyuman manis dia tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by aku_best at 20-3-2024 07:06 PM

iols ada bc edisi siasat tadi..katanya




Suspek kes ni adalah warga asing dan polis pun x pasti ianya dibuat sorang atau lebih drpd sorang.



ES tknk terang bnyk2 bgi menjaga perasaan keluarga arwah.

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
aku_best replied at 20-3-2024 07:04 PM
iols ada bc edisi siasat tadi..katanya



Baru jumpa suspek ke?
Lama juga polis nk jejak
Sian tgk keluarga dia hampir setiap hari pi kubur
Susah dorang nak move on
Igt lagi dulu ada yg pertikaikan ketenangan mak dia masa dia hilang
Ha sekali sampai hari ni dia masih sedih
Peristiwa yg mengubah terus hidup dorang
Dah takde vlog jalan2 cuti malaysia kecuali jalan2 ke kuburan.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2024 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Bulan puasa menuju lebaran.... jd teringt pd arwah zayn.. anak kecil xberdosa diragut nyawa dgn kejam ni ye. Mesti sdg menuju syurga, forsure.. utk emak nya zayn aku doakan dlm masa terdekat dpt conceive another baby..  as dpt 2 anak... mengubat sunyi di hati... terbiasa sibuk jaga 2 anak skrg jaga 1 anak je mesti rasa kosong. Hope will be 2 kids soon aamiin.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 02:57 PM | Show all posts
semoga ditempatkan di syurga buatmu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2024 03:35 PM | Show all posts
aku xblh la masuk thread ni..mesti nangis..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:56 PM GMT+8 , Processed in 1.290205 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list