CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8678|Reply: 0

[Politik] Buat apa saya ikut kemahuan Zahid, datang tadah muka – Isham

[Copy link]
Post time 6-12-2023 04:43 PM | Show all posts |Read mode



KUALA LUMPUR – Isham Jalil memberikan bayangan untuk terus memboikot mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang akan diadakan malam ini.

Ahli MKT UMNO itu berkata, beliau kekal dengan pendirian protes terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selagi parti itu membuat keputusan untuk bersama DAP.

“Saya akan protes dan tidak akan hadir mesyuarat yang dia pengerusikan dan dia veto keputusannya.

“Ini penggal kedua saya dalam Majlis Tertinggi, saya sudah boleh baca apa yang dia akan buat dalam mesyuarat. Buat apa saya ikut kemahuan dia (Zahid) dan datang tadah muka di lubuknya.

“Kalau dia ikhlas, mungkin presiden boleh tunaikan cabarannya untuk berdebat dengan saya sebelum ini, di gelanggang yang neutral. Kalau dia berani,” demikian reaksi Isham berhubung kenyataan terbaharu Ahmad Zahid.

Dalam pada itu, Isham turut berkata Ahmad Zahid perlu sedar bahawa lebih ramai orang-orang Melayu kini menolak UMNO oleh kerana keputusan Presiden untuk bersama DAP selepas PRU-15.

Malah Isham juga berkata, Ahmad Zahid perlu keluar daripada sindrom penafian bahawa UMNO sudah ditolak oleh orang Melayu sendiri.

“Jika keadaan ini berterusan, UMNO akan hancur dalam beberapa tahun lagi oleh kerana keputusan ini. UMNO ini adalah parti keramat yang memperjuangkan orang-orang Melayu di Malaysia selama ini.

“Usahlah kerana kepentingan diri seluruh parti hancur lebur dibuatnya. Jika Datuk Seri letak jawatan, saya pun akan letak jawatan. Kita sama-sama berkorban asalkan parti keramat ini dapat diselamatkan selagi ada masa,” katanya lagi.

Awal hari ini, Ahmad Zahid mencabar Isham untuk hadir mesyuarat MKT UMNO yang diadakan malam ini.

Ahmad Zahid yang juga timbalan perdana menteri berkata: “Isham perlu beranikan diri datang mesyuarat malam ini untuk menyuarakan rasa tidak puas hatinya.

Ia termasuk dakwaan Isham konon ada segelintir pemimpin UMNO menjadi “barua” DAP yang menjadi punca parti itu ditolak orang Melayu susulan kekalahan Barisan Nasional (BN) pada PRK Kemaman Sabtu lalu.

“Saya harap malam ini Isham datang mesyuarat MKT. Kalau ada pendapat lain beliau boleh suarakan dan setakat ini beliau tak datang mesyuarat tiga kali, mudah-mudahan beliau mempunyai keberanian untuk datang malam ini.

“Suarakan pendapat yang beliau sanggah (tolak kerjasama DAP) apabila kita jalin kerjasama dengan PH bentuk kerajaan perpaduan,” katanya.

UMNO akan mengadakan mesyuarat MKT malam ini di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) jam 8.30 malam. – MalaysiaGazette


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 160421 Replies : 3914
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 19365 Replies : 75
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 25984 Replies : 195
Transfer aset trading?
KogoromouriTransfer aset trading?
Views : 4902 Replies : 4
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 71427 Replies : 2929
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 4031 Replies : 15
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 102502 Replies : 2875
Want to tap into the exciting world of sports betting?
peterkester96Want to tap into the exciting world of s
Views : 4532 Replies : 1
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 13907 Replies : 97
Walaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok tetapi kajian tunjuk wanita Malaysia Ke-6 Paling Cantik Di Asia, Atasi Singapura & Thailand.Acik forum bangga?
YgBenarWalaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok
Views : 8111 Replies : 54

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 05:45 AM GMT+8 , Processed in 0.049039 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list