CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5105|Reply: 0

[Johor] 4 kali tak hadir mahkamah, waran tangkap kedua dikeluarkan

[Copy link]
Post time 6-12-2023 02:19 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Muar: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini mengeluarkan waran tangkap kedua terhadap lelaki selepas empat kali gagal hadir ke mahkamah untuk sebutan kes berkaitan kompaun bunyi ekzos bising di Kesang, dekat Tangkak, di sini, awal tahun ini.

Keputusan itu dibuat Hakim Irwan Suainbon selepas membenarkan permohonan kali kedua yang dikemukakan Pegawai Pendakwa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, Zaharin Ahmad.

Ia susulan usaha pihak pendakwaan JAS dengan bantuan polis gagal mengesan keberadaan lelaki itu selepas kali terakhir hadir ke mahkamah, Mei tahun ini.

Eddy Iskandar Che Mid, 38, yang juga Orang Kena Saman (OKS) pertama kali didakwa Januari lalu mengikut Seksyen 41 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang boleh dihukum mengikut sekyen dan akta sama.



Mengikut pertuduhan itu, OKS didakwa didapati melepaskan paras bunyi daripada ekzos motosikal miliknya, melebihi paras dibenarkan mengikut Peraturan 4 (2) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekelililing 1974.

Kesalahan itu dilakukan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak dengan tertuduh diperintahkan membayar kompaun sebanyak RM300 namun gagal berbuat demikian.

Sementara itu, Zaharin berkata, ini adalah waran tangkap kedua selepas yang pertama dibenarkan oleh mahkamah sama, 5 November lalu.

"Dalam kes ini, OKS diarahkan membayar kompaun sejumlah itu namun dia enggan berbuat demikian sebelum dibawa ke mahkamah.

"Sebutan pertama kes ini pada Januari tahun ini namun OKS tidak mengaku salah sebelum mahkamah menetapkan awal Mac lalu, untuk sebutan kedua tapi tidak hadir.

"Mahkamah menetapkan tarikh baru sebutan iaitu pada 1 Mei dan OKS hadir namun masih mengekalkan pengakuan tidak bersalah. Selepas itu, OKS tidak hadir ke mahkamah dan gagal dikesan sehingga hari ini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... p-kedua-dikeluarkan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 02:36 PM GMT+8 , Processed in 0.625276 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list