CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8940|Reply: 90

[Tempatan] 'Macam mana nak menyimpan, makan pun bercatu'- M40 pening

  [Copy link]
Post time 6-12-2023 08:36 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 6-12-2023 12:37 PM

SEMAKIN ramai golongan M40 yang sukar menyimpan kerana kos sara hidup yang semakin meningkat pada masa ini.


SAUDARA PENGARANG,

SAYA tertarik dengan isu minggu lalu di akhbar ini yang mendedahkan bahawa hampir separuh rakyat Malaysia tiada simpanan kecemasan walaupun RM1,000.

Betul, saya bersetuju dengan kenyataan itu, kerana saya dan beberapa kawan turut mengalaminya walaupun tergolong dalam golongan M40.

Manakan tidak, perbelanjaan harian ketika ini meningkat lebih sekali ganda, sebagai contoh harga beras sekitar RM26 bagi 10 kilogram sebelum ini, sekarang mencecah lebih RM35.

Itu belum lagi yang jenis bekerja, terpaksa makan di luar ketika hari bekerja dan hanya memasak bila hari cuti.

Bila makan bungkus nak cari nasi berlauk bawah RM5 memang mimpilah kalau sekitar Kuala Lumpur, mesti harganya lebih RM10 dengan satu lauk, sayur dan segelas teh ais.

Pada pengamatan saya, selain kos sara hidup, faktor gaji juga menjadi salah satu penyumbang mengapa kami sukar menyimpan.

Gaji kebanyakan kami ditakuk lama, malah ada yang kerja berpuluh tahun masih gaji ketika tahun 2015.

Hakikatnya, walaupun tergolong dalam golongan M40, tetapi apabila berada di bandar besar seperti ibu kota, kami jadi ‘miskin bandar’.

Cukai kena bayar, sumbangan tunai rahmah tidak dapat, malah beberapa subsidi lain mungkin ‘ditarik’ selepas ini.

Bukan nak menafikan rezeki, tetapi hakikatnya itulah nasib dialami golongan seperti kami.

Sikit masa lagi mungkin makan pun akan bercatu sekiranya keadaan ekonomi seperti ini berterusan, nak menyimpan jauh sekalilah.


M40 pening
Kepong, Kuala Lumpur





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2023 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by green~tea at 6-12-2023 08:45 AM

Di mana2 pun inflation skang nokssssssss

Malaysia ni super duper murah.... sehidang sushi zanmai 2 org makan lagu ni tak sampai pun RM100 nokkssss (siap ada scallops, salmon, beef stir fry)

Fish n chips bodoh2 dekat UK pun GBP 50-70 untuk 2 pinggan... RM350-400 lepas convert... (ikan standard cod, haddock or hallebaut)


Maka nikmat Tuhan mu yang manakah kamu dustakan?


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 08:54 AM | Show all posts
usah lah membongak. lepas jatuhkan kerajaan BN rakyat malaysia kaya raya. zaman bn kan rakyat miskin hina
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg pnting hutang sudah abis jd hidup brsedrhana.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 09:08 AM | Show all posts
green~tea replied at 6-12-2023 08:42 AM
Di mana2 pun inflation skang nokssssssss

Malaysia ni super duper murah.... sehidang sushi zanmai 2  ...

Fish & Chip harga mcm tu?
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Ukur baju di badan sendiri...pepatah org dulu dulu masih terpakai ye
Kalau dah tahu brg Mahal..tak reti reti bw bekal ke
opis..nasib baik ko ada keje lagi..
Kalau ye pun nak makan luar time lunch..tak yah lah nak melantak teh ais yg super duper manis tuh

Boleh tak aii menjawab mcm ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2023 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
nerdy69 replied at 6-12-2023 09:08 AM
Fish & Chip harga mcm tu?

Ha ah... itu fish and chips untuk 2 orang makan kat poppys for lunch or dinner..  kedai2 lain pun lebih kurang, cuma murah sikit aje...

Kalo breakfast eggs ben kat resto dalam RM140 - RM150 with coffee/latte for 2 pax..


Nak murah,  mmg kena makan dekat costa or pret a manger je lah...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 09:51 AM | Show all posts
green~tea replied at 6-12-2023 08:42 AM
Di mana2 pun inflation skang nokssssssss

Malaysia ni super duper murah.... sehidang sushi zanmai 2  ...

nampak x sedap... siannya baik makan takeaway kedai lebanon
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2023 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 6-12-2023 08:42 AM
Di mana2 pun inflation skang nokssssssss

Malaysia ni super duper murah.... sehidang sushi zanmai 2  ...

Sana gaji dlm £, sini dlm RM.. so mmg kena mkn menda2 yg murmur jahh kat sini..

Aritu iols beli mi goreng satu pek penuh rm2 jahh..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Inflation T20 dan M40 jauh berbeza pada I. Lain padang lain belalang. Kesian pada mereka yang survive nak tunggu hujung bulan, paycheck to paycheck.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
laqoyah replied at 6-12-2023 09:51 AM
nampak x sedap... siannya baik makan takeaway kedai lebanon


Weols everyday cafe hopping bfast, lunch, dinner... kena rotate2 lah makanan jenis apa..


Selfridges gol gappa sedap...
Doner kebab pun sedap...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 6-12-2023 09:58 AM
Sana gaji dlm £, sini dlm RM.. so mmg kena mkn menda2 yg murmur jahh kat sini..

Aritu iols beli ...

Kat mana tu uolz mi goreng 2 ringgit.. wowwzerss sangat.. lebih murah dari menu rahmah
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 6-12-2023 10:10 AM
Kat mana tu uolz mi goreng 2 ringgit.. wowwzerss sangat.. lebih murah dari menu rahmah

Mana bleh habaq..

Gerai depan ni nasi goreng ka mi goreng dlm teluq mata sebijik rm3.50..

Hat rm2 ni, kat kantin
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 6-12-2023 10:28 AM
Mana bleh habaq..

Gerai depan ni nasi goreng ka mi goreng dlm teluq mata sebijik rm3.50..

Kat fudcourt bsn dekat ofis aku ni nasi lauk sayur lodeh, telur asin, ikan keli sambal, sambal belacan rm10.. tu pun dah murahhh sukorrrr sgt2
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku ni haaa gaji xpakai byk mana  Simpan utk bagi pinjam kt adik beradik yg susah pastu mentenan keta la mahal.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 6-12-2023 10:29 AM
Kat fudcourt bsn dekat ofis aku ni nasi lauk sayur lodeh, telur asin, ikan keli sambal, sambal bel ...

Lunch iols, nasi putih, satu protein, satu sayuq dan ayaq mineral, rm8.70. Kalau amik teh o ais, jadi rm9.50

Amik mi goreng paling jimat rupanya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2023 10:57 AM | Show all posts
Ni mesti monthly expenses tinggi...lepas tu x nak ubah lifestyle
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 11:37 AM | Show all posts
it is true inflation di mana2...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_PariS replied at 6-12-2023 11:37 AM
it is true inflation di mana2...


Yes.. ke mana2 i pegi inflation teruk..  early this year i gu ho chi minh & phu quoc pun org local sana mengeluh...  turki pun sama


London zone 4 and 5 masih ok rega food kat resto
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 6-12-2023 10:42 AM
Lunch iols, nasi putih, satu protein, satu sayuq dan ayaq mineral, rm8.70. Kalau amik teh o ais, j ...

Protein mesti ayam jer yg murah kan sis? Kat jb ni, esp kat bandar, ikan asam pedas dah rm11 seketul. Campur sayur sejenis, telur masin separuh dgn nasi dah rm19.
Meols sekarang order mee je. Itu pun mee rebus dah rm10. Takde murah dah sekarang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-2-2024 07:50 PM GMT+8 , Processed in 0.097632 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list