CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13897|Reply: 0

[Terengganu] Ikan sungai salai menu istimewa musim tengkujuh

[Copy link]
Post time 3-12-2023 11:35 AM | Show all posts |Read mode

ROHAYU sedang melakukan kerja menyalai ikan sungai sebelum dijual. FOTO Nazdy Harun

Kuala Berang: Ikan sungai salai merupakan antara menu yang popular sejak lebih 50 tahun lalu di sini, dan menjadi tradisi pada musim tengkujuh.

Rohayu Sudin, 37, dari Kampung Dura di sini, berkata, dia meneruskan legasi itu yang diwarisi daripada ibunya, Zabedah Mat Daik, 68, yang menjalankan perniagaan ikan sungai salai.

Menurutnya, bekalan ikan sungai seperti toman, patin dan sebarau diperoleh daripada abang iparnya, Mohammad Ismail, 48, yang menangkap ikan berkenaan di Tasik Kenyir.

Katanya, biasanya ikan toman dan patin yang melebihi berat lima kilogram (kg) akan disalai memandangkan ikan sebesar itu jarang dijual secara mentah kerana tidak mendapat permintaan.



"Namun, saya tidak menang tangan untuk menjual ikan sungai salai ini kerana permintaannya menjadi semakin tinggi.

"Kalau ikan segar yang beratnya lebih lima kg, orang tidak berapa suka jadi kaedah salai dilakukan sebelum dijual dan ia amat laku," katanya.

Menurutnya, ikan yang siap dicuci akan diperap menggunakan garam, asam keping dan kunyit, manakala kaedah menyalai pula menggunakan kayu dan api pula tidak boleh begitu besar bagi mengelak ikan menjadi hangus.

"Masa antara dua ke tiga jam diambil bagi proses menyalai dan setiap ikan yang siap disalai dijual dengan harga RM10 untuk tiga ketul.

"Biasanya, ikan patin dan toman akan dikerat menjadi ketulan, manakala ikan sebarau pula dijual tiga ekor RM10 dan yang kecil dua ekor RM5," katanya.

Menurutnya, lebih 50 kg ikan akan disalai dalam satu-satu masa dan dalam beberapa jam saja ikan habis dijual.

Katanya, rutin itu dilakukan sekiranya ikan berjaya ditangkap dalam jumlah yang banyak.

Rohayu berkata, ikan sungai salai merupakan satu menu istimewa apabila tibanya musim tengkujuh dan tradisi itu masih dilakukan sebilangan penduduk bergantung kepada hasil tangkapan.

Katanya, bagi peminat ikan sungai salai tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan ikan berkenaan bagi dijadikan menu dalam hidangan mereka kerana hanya musim tengkujuh saja ikan-ikan berkenaan mudah diperoleh dan disalai.

"Kaedah salai yang dipraktikkan masyarakat dahulu berikutan ketika itu mereka masih belum mempunyai peti sejuk untuk menyimpan hasil yang diperoleh.

"Bagaimanapun, tradisi berkenaan masih menjadi ikutan hingga kini dan permintaannya juga amat menggalakkan dan ia menjadi sumber rezeki pada musim tengkujuh," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ewa-musim-tengkujuh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 08:07 AM GMT+8 , Processed in 0.139782 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list