CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 23393|Reply: 52

Mila Jirin Bayar Zakat Cecah RM300,000 Di Selangor, Sasar RM1 Juta Untuk 10 Tahun Akan Datang

[Copy link]
Post time 1-12-2023 11:17 AM | Show all posts |Read mode
Mila Jirin bersyukur apabila menjadi pembayar zakat perniagaan di Selangor menerusi Lembaga Zakat Selangor (LZS).


Mila memaklumkan bukan sahaja membayar zakat di Selangor namun di seluruh negeri yang mempunyai syarikatnya, Bizmilla Catering Sdn. Bhd.


Foto: IG




“Alhamdulillah saya pembayar zakat di Selangor. Bukan sahaja di Selangor tetapi di semua cawangan-cawangan Bizmilla kami akan menzahirkan juga.


“Kalau di Pulau Pinang, kami akan bayar di sana dan juga cawangan-cawangan yang lain. Pada saya yang membantu kita untuk membayar zakat adalah para pelanggan.




  



“Mereka menyokong kami dan kami agihkan semula kepada komuniti setempat,” katanya kepada XTRA.


Dia juga turut mendapatkan bantuan LZS bagi urusan perkiraan zakat.


“Di Selangor kami mempunyai 10 buah banquet hall dan seluruh Malaysia berjumlah 18 buah.




  



“Saya memang serahkan urusan zakat ini kepada bahagian kewangan di Bizmilla, Lembaga Zakat Selangor juga beri bantuan untuk memudahkan dengan membuat perkiraan yang betul.


“Pada saya, saya tak kisah pun kerana itu adalah amanah kita untuk membayar zakat,” ujarnya.


Dalam pada itu, Mila turut menyasarkan untuk membayar zakat sebanyak RM1 juta bagi tempoh 10 tahun akan datang.




  



“Di Johor Bahru kami juga baru bermula dengan RM30,000 lebih, begitu juga di Pulau Pinang.


“Setakat ini Alhamdulillah, bila campur adalah mencecah ratusan ribu setiap tahun tapi tidak mencecah jutaan, doakan ya.


“Sasaran saya 5 tahun ini adalah RM500,000 dan Insya-Allah dalam tempoh 10 tahun sasarkan RM1 juta untuk zakat,” tutupnya optimis. -CARI


Sumber: XTRA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2023 11:29 AM | Show all posts
senyap2 dah 18 buah dewwaaann.. baguih nohh
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 11:39 AM | Show all posts
pengalaman peribadi, Corp Comm team Zakat Selangor ni mudah dan memudahkan.
nak buat program CSR ke awareness ke dgn depa pun sangat mudah.

semoga yang diberikan rezeki melimpah ruah tu tidak lokek memberi semula
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 11:43 AM | Show all posts
Bagus sheols ni. Masa sheols ada nama sheols terus beringat buat business bagai. 18 dah dewan sheols ya. Alhamdulillah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah tahniah .. semoga terus maju jaya
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 11:45 AM | Show all posts
alhamdulilah...syukur dan tahniah
suka dgr berita2 gini
hebat mila ber bisnes
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-12-2023 11:49 AM | Show all posts
wow...dasyat btl mila ni...bangga aku dgn dia...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 11:53 AM | Show all posts
Alhamdulillah..macamni lah betul2 boleh pangiil businesswoman..bukan buat produk sincare timbang kilo pastu self claim businesswoman. bagus camni, senyap2 je bisnes berkembang biak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2023 12:04 PM | Show all posts
Mila ni masa baru keluar AF, ramai wartawan puji skill komunikasi dia sangat bagus...dan memang pun...sampai skrng tgk cara dia bcakap lancar dan teratur. Mungkin ini adalah salah satu faktor dia boleh bjaya dalam bisnes.

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
benda kewajipan, moga bertambah berkat rezeki, dia ni mcmana ye boleh terjebak berniaga, tapi pernah pergi kenduri dekat dewan putrajaya, cantik, makanan pun sedap, yg penting tak dicatu
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 12:12 PM | Show all posts
macam ni best dengar, berlumba-lumba dan aim nak naikkan keuntungan bisnes sebab nak bayar zakat banyak2

pengalaman pergi makan kenduri kat few dewan2 Bizzmilla ni, sedap2 aje so far makanannya dan ambience pun cantik
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 12:14 PM | Show all posts
jangan nak cecepat nau beli rumah 7-8 biji macam dulu ya sis.
daripada beli rumah, baik tambahkan asset dewan. beli tanah.
nijam tanah dah mahal....esok2 harus nak mati kena bayar tanah lubang kubor
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 12:16 PM | Show all posts
hotmak replied at 1-12-2023 12:07 PM
benda kewajipan, moga bertambah berkat rezeki, dia ni mcmana ye boleh terjebak berniaga, tapi pernah ...

husband dia tu businessman sis, awal2 dia org berkawan dulu mamat tu dah ajar dia business, bila joint business dia org picking up baru dia org kawen, i know this sebab pernah engaged joint company dia org masa dia org awal2 start business dulu, my organization nak try engage fresh company to do our event dulu, and company dia org one of yg sent good proposalanyway Izz tu dulu sebelum dgn Mila dia mmg dah ada established business

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 12:19 PM | Show all posts
hannan_rayyan replied at 1-12-2023 12:16 PM
husband dia tu businessman sis, awal2 dia org berkawan dulu mamat tu dah ajar dia business, bila j ...

laki eh bukan manager dia dulu ke
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 12:40 PM | Show all posts
Edited by hannan_rayyan at 1-12-2023 12:41 PM
ketupatnasi replied at 1-12-2023 12:19 PM
laki eh bukan manager dia dulu ke

yup betul, one of his businesses masa tu event & talent management company, masa jadi manager Mila dulu dia org dah bercinta and he took care of her professional finances masa tu sebab sebelum Izz tu jadi manager dia, Mila pernah kena tipu duit2 show& income dia
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Dewan dia yg kt highway Juru tu besar dan cantik betul. Tahniah Milah.Dh tak nyanyi pun xpa dah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2023 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Dewan bizmilla ni affordable lah. Stended dewan cantik tp diorang akan cut cost bahagian makanan. Nk crewet2 sgt sedap tak sedap pon takboleh mlainkan nk urus sndri.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah Mila. Contoh retis bijak bisnes, bukan bisnes MLM.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 01:31 PM | Show all posts
bagus mila ni
takde nak show off ke hulu ke hilir
diam2 je buat bisnes
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
ok jer dengan mila ni..sheols pun dengar2 menyanyi masih sedap katanya..ramai ckp sheols cover lagu dawai kat tik tok sedap gituuuu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 12:29 AM GMT+8 , Processed in 0.086810 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list