View: 14990|Reply: 8
|
Masih Tiada Suara- Siti Nordiana Fokus Kes Mahkamah, Latihan Konsert ASGV Terganggu
[Copy link]
|
|
Siti Nordiana masih lagi tiada suara untuk bercakap, persediaan pentas separuh akhir All Stars Gegar Vaganza(ASGV) yang bakal berlangsung Ahad ini terganggu.
Menurut pengurusnya iaitu Mohamad Al Anas Osman, 39, Siti Nordiana berdepan cabaran apabila sesi latihan tergendala disebabkan masalah tersebut.
Foto: IG
Namun sebagai persediaan mereka tetap melakukan latihan demi persediaan minggu separuh akhir itu.
"Kesihatan Nana sekarang ini masih lagi dalam rawatan, latihan untuk GV juga terbantut sebab kita fokus kepada mahkamah.
"InsyaAllah mula hari Khamis dan esok lusa dia akan fokus kepada separuh akhir ASGV.
"Sejak hari Isnin sehingga Khamis memang tiada latihan sebab tiada suara," katanya.
Dalam pada itu, Anas yakin Nana tetap bersemangat dan akan memberikan persembahan terbaik Ahad ini.
"Saya percaya dia okay tiada masalah... yang penting semangat kena ada. InsyaAllah semuanya akan okay.
"Untuk persiapan akhir, saya dan pasukan sudah bersedia terutama dari segi persembahan... tinggal perlaksanaan dia sahaja untuk Ahad nanti.
"Cuma mengharapkan vokal Nana kembali pulih pada malam itu nanti," katanya lagi.
Sebelum ini, Nana diberikan cuti sakit selama 11 hari selepas disahkan mengalami masalah suara sejak minggu lalu.
Akibat masalah itu, Nana terpaksa memberikan keterangan dan menjawab soalan secara bertaip ketika prosiding berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada petang Khamis berkaitan kes saman terhadap lima sekawan. -CARI
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
So, cemane dengan persembahan GV malam ini? |
|
|
|
|
|
|
|
Ok je suara Nana smlm rehearsel hehe,nnt betul betul Takde suara baru tauu
|
|
|
|
|
|
|
|
Bonger replied at 3-12-2023 05:31 PM
Ok je suara Nana smlm rehearsel hehe,nnt betul betul Takde suara baru tauu
Rehearsal semalam sape terbaik dan yg lemah?lama x tgk rehearsal dh |
|
|
|
|
|
|
|
Sorenya ada tp maybe taklehnak cakap
Sangat sebab nak simpan untuk performance dgn rehearsal, cuma add komen hensem benor anak ridhuan tee dalam video dgn nana tue |
|
|
|
|
|
|
|
Bonger replied at 3-12-2023 05:31 PM
Ok je suara Nana smlm rehearsel hehe,nnt betul betul Takde suara baru tauu
Masa menyanyi kejap 3-4 minit memang lah ada. Tapi kalau banyak guna hilang lah suara tu. Dia rehatkan peti suara dia lah tu tak nak cakap seminggu masa menyanyi je pakai. |
|
|
|
|
|
|
|
Takde suara takde suara nanti masuk final jugak... Bersangkaaaa baik husnuzon lah kannnnn tertiba suara keluar malam ni.
Kang nanti kena lagi orang dengki. |
|
|
|
|
|
|
|
haiyoooo cemana boleh hilang suara...
kes emergency macamni takleh cuti seminggu ke macam dina nazir dulu abah sheols meninggal kan?
jap lagi sheols nyanyi tak keluar suara macam zamani dolu tu pulekkk |
|
|
|
|
|
|
| |
|