CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3722|Reply: 0

[Terengganu] Kemaman rekod kes tangkapan khalwat tertinggi setakat ini

[Copy link]
Post time 30-11-2023 01:13 PM | Show all posts |Read mode

DR Muhammad Khalil. FOTO Faizul Azlan Razak.

Kuala Terengganu: Sebanyak 157 kes tangkapan khalwat berlaku setakat Januari hingga Oktober tahun ini berbanding 173 kes sepanjang tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri Terengganu, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, daerah Kemaman merekodkan tangkapan tertinggi seramai 44 kes tahun lalu manakala 36 kes setakat Oktober, tahun ini.

Beliau berkata, ia diikuti daerah Dungun dengan 26 kes, Besut (18), Setiu (4), Marang (31), Hulu Terengganu (9) serta Kuala Nerus mencatatkan 10 kes.

"Tanggungjawab amar makruf nahi mungkar ini adalah tanggungjawab bersama, sama ada dari pihak kerajaan negeri mahupun rakyat secara keseluruhannya moga mendapat keberkatan daripada Allah SWT.



"Penguatkuasa syariah membabitkan seramai 101 orang di seluruh Terengganu dan mengikut jumlah ini masih tidak mencukupi.

"Namun, antara langkah proaktif yang diambil ialah operasi bersepadu dengan pihak-pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi mencegah kegiatan tidak bermoral ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Khazan Che Mat (Bersatu-Seberang Takir) dalam Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Terengganu Ke-15 (Bajet) di Wisma Darul Iman, di sini.

Menjawab soalan tambahan Khazan mengenai kekerapan operasi ini dibuat berdasarkan laporan ataupun jabatan sudah ada jadual secara berkala dari semasa ke semasa, Muhammad Khalil berkata pihak penguatkuasa melakukan rondaan dan operasi secara berkala ke lokasi yang dikenal pasti di seluruh negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk berkata, bahagian penguatkuasa melakukan rondaan secara berkala bagi tujuan penguatkuasaan dengan kekerapan antara tiga, empat kali seminggu di kawasan yang dikenal pasti.

Beliau berkata, rondaan dijalankan di tempat-tempat tertentu yang selalu berlaku perkara tidak bermoral seperti di sekitar dataran jambatan angkat, Kuala Ibai, Tok Jembal dan beberapa lokasi dikenal pasti.

"Sekiranya operasi itu membabitkan mencegah maksiat dan kemungkaran maka penguatkuasa syariah akan mengetuai operasi terbabit disertai agensi-agensi terbabit.

"Dari segi bahagian penguatkuasa memang telah mempunyai senarai-senarai tempat tumpuan terbabit di negeri Terengganu yang mempunyai rekod berlakunya perbuatan tidak bermoral," katanya

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rtinggi-setakat-ini

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 27769 Replies : 769
Pembongkaran khas projek gagal RM300 juta di Serambi Walaun
pengecattaikPembongkaran khas projek gagal RM300 jut
Views : 998 Replies : 2
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 107229 Replies : 1549
Anna Jobling sambut birthday bf di Jakarta
mnh607Anna Jobling sambut birthday bf di Jakar
Views : 11826 Replies : 191
Pelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada Simpanan RM100,000 jika hendak sambung belajar di Australia
YgBenarPelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada
Views : 25593 Replies : 174
Ayam DARSA guys! Besar!!!
admin6Ayam DARSA guys! Besar!!!
Views : 7388 Replies : 4
DUA GARIS BIRU
prettygoodDUA GARIS BIRU
Views : 909 Replies : 0
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 33058 Replies : 241
Staf Cari Forum dah didaftarkan ke tak?
stingerkentotStaf Cari Forum dah didaftarkan ke tak?
Views : 2361 Replies : 9

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 10:40 PM GMT+8 , Processed in 0.057551 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list