CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2042|Reply: 0

[Terengganu] Wang ehsan Terengganu disalur terus kepada rakyat

[Copy link]
Post time 30-11-2023 12:23 PM | Show all posts |Read mode

Anwar (tengah) sewaktu berucap pada Ceramah Mega Perpaduan Madani di Geliga, Kemaman semalam.

KEMAMAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan kerajaan negeri Terengganu diterajui Pas kononnya rakyat negeri itu dianak tiri dengan dinafikan hak untuk menerima wang ehsan atau royalti minyak.

Beliau menjelaskan dana hasil petroleum itu tetap dinikmati rakyat Terengganu dengan ia disalurkan secara terus menerusi projek berkaitan kesejahteraan mereka tanpa melalui kerajaan negeri.

“Sapa kata tidak dapat (wang ehsan)? Tidak bagi kepada dia (kerajaan negeri), langsung kepada rakyat.

“Saya hendak bagitahu kita (kerajaan Pusat), tidak ambil wang (ehsan) hak Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak tetapi salur ikut keadaan,” katanya pada Ceramah Mega Perpaduan Madani di Geliga di sini malam tadi.

Pas dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman mendakwa pemilihan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai calon bagi memperjuangkan hak royalti minyak secara terus di Dewan Rakyat.

Ahmad Samsuri dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada Isnin lalu memberitahu masih belum menerima anggaran RM1 bilion wang royalti minyak yang sepatutnya diterima tahun ini daripada kerajaan Persekutuan.

Anwar berkata, kerajaan Pusat diterajui beliau komited menggunakan dana wang ehsan tersebut bagi membantu rakyat Terengganu termasuk Kemaman secara terus.

Jelas beliau, banyak projek bagi manfaat rakyat Terengganu telah diluluskan walaupun kadangkala ia tidak dipohon langsung oleh kerajaan negeri seperti tebatan banjir. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... erus-kepada-rakyat/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 02:33 AM GMT+8 , Processed in 0.049434 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list