CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3980|Reply: 0

[Pulau Pinang] Gudang logistik runtuh: CAP gesa tubuh suruhanjaya siasatan, ambil tindakan tegas

[Copy link]
Post time 30-11-2023 10:32 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 30-11-2023 10:35 AM

Gudang logistik runtuh: CAP gesa tubuh suruhanjaya siasatan, ambil tindakan tegas


Oleh Zuhainy Zulkiffli - November 30, 2023 @ 9:14am  bhnews@bh.com.my




Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia membawa anjing pengesan K9 untuk mencari mangsa yang tertimbus dalam runtuhan sebuah gudang logistik yang sedang dalam pembinaan di Batu Maung. - foto BERNAMA




GEORGETOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa satu Suruhanjaya Siasatan ditubuhkan segera bagi menyiasat punca kejadian runtuhan gudang logistik yang sedang dalam pembinaan di Batu Maung, Bayan Lepas, di sini.

Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader berkata pihaknya kesal dan kecewa dengan kemalangan yang mengorbankan tiga nyawa manakala dua parah.

"CAP menggesa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (JKKP) segera menyiasat dengan menyeluruh kejadian.


Anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang bersama pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di tapak runtuhan sebuah gudang di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu semalam. NSTP/Mikail Ong

"Memandangkan tempat kejadian berdekatan pantai yang terdiri daripada tanah pasir dan batu kerikil, sebarang struktur dibina di kawasan berkenaan perlu dipastikan benar-benar selamat dengan mengambil kira kajian geologi," katanya menerusi kenyataan semalam.

Menurut laporan Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (JKKP), sebanyak 6,793 kemalangan pekerjaan disiasat di Malaysia pada 2020 dan daripada jumlah itu terdapat 193 kematian sementara 256 hilang upaya kekal membabitkan pekerja asing.

"Dalam dua kes utama di Pulau Pinang, perancah runtuh di Jambatan Kedua Pulau Pinang dan sirip dinding runtuh di bangunan setinggi 21 tingkat, Suruhanjaya Siasatan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang mendapati terdapat ketidakcekapan dan kecuaian.

"Setiap kali berlaku kemalangan, kita akan tertanya-tanya kenapa ia berlaku, adakah ia cuma suatu kemalangan ataupun berlaku kerana kecuaian dan sekiranya ya, maka siapakah yang patut dipersalahkan? Pemaju, kontraktor, pekerja binaan atau pihak berkuasa sendiri? " katanya lagi.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 03:25 AM GMT+8 , Processed in 0.160743 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list