CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6301|Reply: 0

Udang kara 2 warna ditemui di Maine

[Copy link]
Post time 29-11-2023 07:20 AM | Show all posts |Read mode
Udang kara 2 warna ditemui di Maine


Knowles menunjukkan udang galah yang ditangkap di Maine. – TikTok

AUGUSTA, MAINE – Seekor udang kara yang ditangkap di Maine mendapat perhatian ramai kerana berwarna biru dan merah serta mempunyai dua jantina, lapor agensi berita United Press International (UPI) kelmarin.

Jacob Knowles berkata,  udang kara itu dibawa kepadanya oleh seorang rakan. Dia terkejut melihat udang kara tersebut yang disifatkan amat jarang ditemui.

“Saya amat kagum melihatnya. Tiada sesiapa di jeti mengaku pernah melihat udang kara seperti itu,” katanya.

Ahli biologi di Akuarium New England, Jordan Baker berkata, dianggarkan hanya satu dalam 50 juta udang kara mempunyai ciri seperti itu.

“Ia disebabkan oleh mutasi atau perubahan embrio dalam perkembangan ontogenetik.

“Ini terhasil daripada gabungan embrio atau bahagian yang pada asasnya membentuk dua haiwan berbeza,” jelasnya. – AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... a-ditemui-di-maine/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:10 PM GMT+8 , Processed in 0.058012 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list