View: 16301|Reply: 39
|
[Dunia]
Cara Unik Mendiang Ratu Elizabeth II Makan Pisang.Anda makan pisang?
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 28-11-2023 11:51 PM
Pernah terbayang tak bagaimana seorang ratu makan buah pisang? Secara logiknya mesti akan berfikir mereka hanya mengupas kulit dan makan seperti biasa.
Cara ratu makan pisang
Sebenarnya, mereka tidak menggunakan cara tersebut terutamanya mendiang Ratu Elizabeth II malah mempunyai cara yang tersendiri dengan menggunakan etika yang dicipta olehnya.
Mendiang Ratu Elizabeth II atau nama sebenarnya Elizabeth Alexandra Mary melalui kehidupan yang sangat luar biasa sehingga perkara yang dilihat biasa juga ditukarkan kepada luar biasa.
Dalam buku Darren McGrady Eating Royally, ada penerangan yang menggambarkan bagaimana baginda memakan pisang menggunakan pisau.
Dalam penerangan tersebut, ia mengatakan baginda akan meletakkan pisang ke atas pinggan kemudian memotong bahagian atas dan bawahnya menggunakan pisau.
Setelah itu, baginda akan makan menggunakan garpu selepas dipotong dengan kepingan yang kecil, suapan demi suapan.
Etika baginda dalam memakan pisang juga telah didemonstrasikan oleh salah seorang pakar etika, William Hansom dalam satu video.
Beliau menunjukkan kaedah yang tepat bagaimana baginda memakan pisangnya.
“Ratu tidak mengupasnya seperti monyet, sebaliknya menggunakan pisau dan garpu.
“Bahagian tepi atas dan bawah pisang dipotong dengan pisau.
Kemudian, masukkan pisau ke dalam kulit pisang dan potongkannya kepada kepingan yang kecil. Makan secara sedikit,” jelasnya.
Meskipun ramai yang mengatakan cara baginda makan pisang kelihatan sedikit pelik namun itu bukanlah satu perkara yang luar biasa baginya.
Untuk pengetahuan, baginda juga 'mengharamkan' pasta dan kentang serta kerang kerana didakwa risiko menyebabkan keracunan makanan.
Baginda juga tidak menyukai makanan berkanji dan sayur yang telah diawet luar musim dan lebih suka hidangan rendah lemak seperti ayam dan ikan bakar.
Jadi, begitulah cara mendiang ratu makan pisang dan pastinya etika tersebut telah digunakan olehnya sejak dahulu lagi. Pengetahuan ini bukan baru dan luar biasa baginya, namun baginya ia hanyalah satu etika yang diamalkan.
www.thesun.co.uk/fabulous/food/18383090/etiquette-expert-usual-way-queen-eats
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
benda yang simple pun jadi complicated, etiquette katanyaahhhh.. masuk dalam perut, bercampur aduk hujung-hujung jadi taik juga |
|
|
|
|
|
|
|
Sebelum kak nita menghilangkan diri dgn atok mahadir, kak nita dah tunjuk dah cara mkn pisang sebijik mcm kueen E ni. Masa tu tgh interbiu sambil mkn2. |
|
|
|
|
|
|
|
Ai teringat film queen yg hari2 ada jadual pagi2 diangkat bangun mandi dipakai baju kemudian sarap berprotokol kemudian jadual pagi tghr ptg mlm repeat |
|
|
|
|
|
|
|
makan cenggitu lambat..tapi xpela, dia bukan rushing nak basuh pinggan ke buat keje rumah ke lepas tu.. anak terpekik pun ada maid..boleh la dia makan aman2..kita ni xdan nak kunyah, terus telan bila dengar anak meraung.. |
|
|
|
|
|
|
|
the fxxk. but, freedom of choice. |
|
|
|
|
|
|
|
adoi tergelak aku
|
|
|
|
|
|
|
|
actually protokol royal family kat malaysia ni pown strict gak yer... kalo kat istana or majlis formal melibatkan among royals mmg nak makan and minum pown ada etiquette camni... sbb tu yg permaisuri selangor tu kat dlm buku memoir die ada citer yg die pown struggle nak sesuaikan diri... |
|
|
|
|
|
|
|
utk majlis protokol okay laa. kita rakyat marhaen ni takyah la gedik nak tiru. aku hempuk ko jap gi klu ko makan kat warung mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nolya at 29-11-2023 10:41 AM
Tak perlulah kutuk2 cara makan orang kayangan dgn orang marhein. Itulah adab namanya, cara yg berbeza dan ada tatatertib santunnya.
I ada tengok satu film dokumentari yg menunjukkan cara gadis geisha menyiapkan secangkir minuman panas untuk tetamu. Punyalah berperaturan, tertib satu persatu, duduk bersimpuh, cara pegang senduk, tuang air panasnya. Setengah jam baru nak siap. Kita yg nengoknya rasa sangatlah tak sabar dgn ketertiban, begitu halus caranya. Namun itulah perbezaan adab dn cara makan orang dg kita.
Raikan saja. |
|
|
|
|
|
|
|
komen paling bernas. tak perlu nak kutuk2 dan terima lah hakikat bahawa kehidupan di dunia ini memang ada darjat² nya
|
|
|
|
|
|
|
|
i pernah ambil course etika dan protokol makan ni... utk majlis tertentu sajork... kalau kat rumah pun nak beretika2 berprotocol, something is not right with ur brain |
|
|
|
|
|
|
|
Tunjuk dia mkn rambutan blh tak?.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 29-11-2023 12:26 PM
ardent91 replied at 29-11-2023 09:23 AM
actually protokol royal family kat malaysia ni pown strict gak yer... kalo kat istana or majlis form ...
pernah duk satu meja ngn ank menteri...depa bkn mkn pon..depa 'RASA' jer makanan tu....balik dinner..terui cari kedai makan...'sumpah'..x nak duduk semeja ngn 'orang besar' lagi daa.... |
|
|
|
|
|
|
|
namapun ratu.....bukan rakyat biasa.. tpi kenapa tk kupaskan siap2.. takut jadi hitam ke |
|
|
|
|
|
|
|
“Ratu tidak mengupasnya seperti monyet, sebaliknya menggunakan pisau dan garpu."
cis aku makan serupa monyet selama nih |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau nabi Muhammad nampak ni pengsan Baginda. |
|
|
|
|
|
|
|
Takot Sangat Jadi Berok
Edited by tumpanglalu74 at 29-11-2023 02:05 PM
Ujong2 makan makanan berok..
|
|
|
|
|
|
|
|
mmg buang tabiat la kalau kita mkn mcm tu haha
benda senang disusahlan semata2 |
|
|
|
|
|
|
| |
|