CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4432|Reply: 0

[Terengganu] PRK Kemaman: Tiga isteri anggota tentera mengundi awal

[Copy link]
Post time 28-11-2023 01:12 PM | Show all posts |Read mode

FATIN Syazwani Mat Husin (kiri), Razidah Razali (tengah) dan Norhayati Ismail menunjukkan jari mereka yang berdakwat selepas selesai membuang undi di Balai Polis Kijal, Kemaman, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN


KEMAMAN: Tiga individu pengundi awal yang merupakan isteri kepada anggota tentera selesai membuang undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman di Balai Polis Kijal, di sini, pagi ini.

Dua isteri kepada tentera itu iaitu Razidah Razali, 36, dan Norhayati Ismail, 38, selesai melaksanakan tanggungjawab masing-masing kira-kira pukul 9.05 pagi, diikuti Fatin Syazwani Mat Husin, 29, pada pukul 10.55 pagi.

Pusat pengundian awal dibuka bermula pukul 8 pagi dan ditutup pukul 12 tengah hari.

Sebelum ini, selain tiga pengundi tersebut, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pengundian awal bagi PRK itu melibatkan seramai 387 anggota polis dan enam anggota tentera.

Bagaimanapun, kesemua anggota polis dan tentera itu telah ditukarkan undian secara pos bagi memberi tumpuan kepada operasi menyelamat ketika banjir.

Kesemua anggota polis dan tentera itu selesai membuang undi pada 23 dan 24 November lalu.

PRK Parlimen Kemaman pada Sabtu ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional iaitu bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dicabar Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mewakili Pas.

PRK Kemaman diadakan susulan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan penyandangnya Che Alias Hamid pada September lalu. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... tera-mengundi-awal/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 08:26 PM GMT+8 , Processed in 0.527303 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list