CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4617|Reply: 0

[Kedah] Lelaki jalin hubungan dengan isteri orang dipukul sekumpulan lelaki

[Copy link]
Post time 28-11-2023 01:02 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Sungai Petani: Seorang lelaki cedera di kepala, muka dan paha kiri akibat dipukul sekumpulan lelaki di bawah sebuah hotel di Jalan Padang Temusu, di sini semalam.

Kejadian itu dipercayai berpunca disebabkan lelaki berusia 42 tahun itu dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan isteri salah seorang daripada lima lelaki berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 1 tengah hari daripada seorang saksi memaklumkan ternampak sekumpulan lelaki memukul lelaki berkenaan.

"Susulan itu, polis menahan enam lelaki berusia antara 16 tahun hingga 42 tahun untuk membantu siasatan.



"Hasil siasatan yang dilakukan mendapati, kumpulan individu itu dikatakan bertindak demikian kerana lelaki terbabit dikatakan menjalinkan hubungan dengan isteri kepada seorang daripada suspek berusia 33 tahun," katanya dalam kenyataan hari ini.

Zaidy berkata, hasil siasatan mendapati, tiada sebarang senjata digunakan dalam kejadian ini.

Beliau berkata, lima daripada mereka yang ditahan mempunyai rekod jenayah dan dadah kecuali remaja berusia 16 tahun tidak mempunyai rekod.

"Lelaki yang dibelasah itu mempunyai tujuh rekod berkaitan dadah. Kesemua mereka mengenali antara satu sama lain dan hasil ujian saringan air kencing mendapati tiga daripada yang ditahan termasuk yang dibelasah itu positif dadah manakala tiga lagi negatif.

Beliau berkata, kesemua mereka direman empat hari kecuali remaja 16 tahun direman sehari untuk membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... l-sekumpulan-lelaki

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kanye West hilang!
BicaraHatikuKanye West hilang!
Views : 6638 Replies : 9
Imran Bard mohon maaf hasilkan ‘content’ berunsurkan LGBT - "Tuduhan itu adalah sesuatu yang sangat berat"
RalineImran Bard mohon maaf hasilkan ‘content
Views : 3068 Replies : 6
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 202634 Replies : 7527
Zazzleen dikutuk penyanyi suara berkahak, sama nasib macam Cakra Khan
RalineZazzleen dikutuk penyanyi suara berkahak
Views : 30567 Replies : 16
Wanita bengang- adik ipar rakam dan sebar video anak pakai lampin tak berpakaian
RalineWanita bengang- adik ipar rakam dan seba
Views : 29548 Replies : 1
Kastam bingung KLIA 'laluan panas' seludup haiwan liar
RalineKastam bingung KLIA 'laluan panas
Views : 30644 Replies : 19
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 120005 Replies : 5128
Bekas pengerusi masjid di Kerteh didakwa kemuka nama asnaf tak layak terima zakat
RalineBekas pengerusi masjid di Kerteh didakwa
Views : 36494 Replies : 14
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 4918 Replies : 6
Pelajar Cemerlang Perakaunan Peringkat Dunia Maut Kemalangan
^CUN_GILA~.Pelajar Cemerlang Perakaunan Peringkat D
Views : 29591 Replies : 39

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 11:47 AM GMT+8 , Processed in 0.046567 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list