CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4239|Reply: 0

[Terengganu] Penternak 'cerut' rumput, tidak dapat bawa kerbau ke padang ragut

[Copy link]
Post time 28-11-2023 12:51 PM | Show all posts |Read mode

Mohd Rizal Ismail, 48, tidak dapat membawa kerbaunya ke kawasan padang ragut berikutan paras air sungai yang tinggi. FOTO NAZDY HARUN

Kuala Berang: Rutin membawa kerbau yang diternak menyeberangi sungai untuk ke kawasan pulau yang terdapat padang ragut terpaksa ditangguhkan sementara berikutan paras sungai meningkat.

Penternak, Mohd Rizal Ismail, 48, Kampung Kepah dekat sini berkata, kerbau yang dipeliharanya akan dibawa merentasi Sungai Telemong ke bahagian pulau di seberang sungai berkenaan untuk meragut rumput.

Menurutnya, di pulau tidak berpenghuni itu kerbau bebas untuk meragut rumput dan tidak mengganggu tanaman serta kawasan perumahan penduduk.

Katanya, kaedah menyeberangi sungai setiap pagi dan petang sudah dilakukan sejak sekian lama dan ketika hari biasa paras air sungai hanya pada paras satu meter.



"Kerbau boleh berenang dan mudah untuk dibawa menyeberangi sungai namun apabila tibanya musim tengkujuh aktiviti menyeberangi sungai terpaksa dihentikan buat seketika.

"Paras air sungai kini boleh mencecah kedalaman lebih lima meter ditambah pula dengan arus yang deras dan ia amat berbahaya," katanya.

Menurutnya, bagi mengelak kerbau dan lembu menceroboh kawasan rumah penduduk, dia mengambil pendekatan mengikat ternakannya itu di kawasan tinggi yang tidak berpenghuni.

Katanya, kawasan kampung itu merupakan antara lokasi tempat berlakunya banjir saban tahun, justeru hanya beberapa tempat yang tidak ditenggelami banjir maka tempat itu akan ditambat ternakan bagi mengelak berlakunya sebarang kejadian seperti ternakan mati akibat banjir.

Rizal berkata, oleh kerana tidak dapat membawa kerbaunya ke kawasan padang ragut berikutan paras sungai meningkat, dia terpaksa melakukan aktiviti 'mencerut' rumput sebelum diberi makan kepada kerbau yang ditambatnya di kawasan selamat dan bebas banjir.

"Risiko musim tengkujuh adalah ternakan tidak dapat diselamatkan sekiranya banjir datang secara mengejut.

"Oleh itu, saya membuat persiapan awal dengan menempatkan ternakan di kawasan tinggi dan selamat selain tidak mengganggu harta benda milik penduduk seperti tanaman," katanya.

Seorang lagi penternak, Jusoh Ali, 58, berkata, kaedah mengalihkan ternakan lebih awal dapat mengurangkan kerugian sekiranya berlaku banjir.

"Nak 'alih' lembu kerbau yang dalam kurungan bukan mudah terutama apabila air mula melimpah dan ketika itu untuk mencari lokasi selamat juga sudah susah untuk menempatkan haiwan ternakan.

"Oleh itu, tindakan pindah awal amat berkesan bagi mengelak kerugian dan ternakan mati akibat lemas atau dibawa arus deras ketika banjir," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... bau-ke-padang-ragut

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 08:07 AM GMT+8 , Processed in 0.076975 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list