CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 520|Reply: 0

[Terengganu] Mangsa banjir Terengganu tinggal 225 orang

[Copy link]
Post time 27-11-2023 11:55 AM | Show all posts |Read mode

Seorang penduduk sedang membersihkan pinggan mangkuk yang terendam dalam banjir di Tok Jembal, Kuala Nerus kelmarin.

KUALA TERENGGANU – Situasi banjir di Terengganu beransur pulih dengan hanya 225 mangsa daripada 49 keluarga masih berada di lima pusat pemindahan sementara (PPS).

Setakat ini, empat daerah yang masih terjejas ialah Kuala Terengganu, Dungun, Besut dan Setiu.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, Besut masih mempunyai 112 mangsa daripada 25 keluarga di PPS SK Kuala Besut.

“Seramai 54 mangsa daripada 12 keluarga masih berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Atas Tol, Kuala Terengganu. Dua PPS yang menempatkan 50 mangsa daripada 10 keluarga pula berada di Dungun,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, Setiu pula masih mempunyai satu PPS iaitu SK Kampung Rhu Sepuluh yang menempatkan sembilan mangsa daripada dua keluarga. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... -tinggal-225-orang/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 08:00 AM GMT+8 , Processed in 0.055232 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list