View: 3239|Reply: 11
|
[Tempatan]
"Better With Your Hands" - Juri Kata Nasi Lemak Really Good, Siap Makan Pakai Tangan Kiri!
[Copy link]
|
|
Gambar hiasan.
Kuala Lumpur: Klip video juri Masterchef Australia musim ke-14 yang menikmati nasi lemak menggunakan tangan mendapat perhatian dan pujian netizen di laman sosial Tiktok.
Video yang dikongsi pengguna TikTok @auntieshopee_ memaparkan peserta kelahiran Kuala Lumpur, Alvin Quah, menghidangkan nasi lemak sebagai hidangan dalam rancangan televisyen pertandingan memasak itu dan seorang juri iaitu Andy Allen memutuskan untuk makan menggunakan tangannya.
"Juri pun reti (mengerti) ikut style (cara) kita makan pakai tangan, lagi sedap," kata pengguna Tiktok itu.
Rata-rata netizen lain turut memuji tindakan juri itu.
"Mat Salleh makan nasi lemak guna (tangan), hebat," kata pengguna @Nora zura.
"Suka tengok orang putih makan nasi guna (tangan) ...napok kekkok (nampak kekok).. Apa-apa pun terima kasih sebab suka dengan nasi lemak," kata seorang lagi pengguna @norfatihah.
Pengguna, @nasrul Ulique Nevil menyifatkan tindakan juri berkulit putih itu yang mana kebiasaannya menggunakan sudu dan garfu untuk makan namun memilih untuk makan menggunakan tangan adalah sesuatu yang luar biasa.
Dalam video itu, para juri dilihat terlebih dahulu berbual dengan Alvin semasa dia menyediakan nasi lemak.
"Masak apa?" tanya seorang juri.
"Nasi Lemak. Jika saya makan ini, saya rasa seperti duduk di tepi jalan raya menikmatinya dengan kopi Malaysia.
"Di sini ada rendang daging dan saya juga sudah pun menyiapkan nasi lemak dengan ada sedikit kacang tanah dan ikan bilis. Saya juga ada jeruk timun dan hanya menunggu telur rebus untuk masak.
"Dan jika saya boleh menyuruh kamu makan (nasi lemak) dengan tangan kamu, saya akan melakukannya," kata Alvin kepada dua juri.
Klip seterusnya menunjukkan juri-juri disajikan dengan nasi lemak untuk sesi merasa dan penilaian mereka, di mana hakim Andy Allen boleh dilihat serta-merta menggaul nasi lemak dengan tangannya dan makan.
"Memang sedap," kata Andy sambil terus makan dengan tangannya manakala juri lain hanya memandangnya.
Pada ketika itu, jelas bahawa hanya ada satu perkara di fikiran Andy iaitu nasi lemak. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku jamah nasik lemak guna sudu.
So...? |
|
|
|
|
|
|
|
RIP Jock |
|
|
|
|
|
|
|
Nasi lemak mcm pelik je pki tangan. Klu order lauk ayam goreng nk senang mintak peha. |
|
|
|
|
|
|
|
So far, iols guna sudu nak2 kalau beli yg bungkus punya. |
|
|
|
|
|
|
|
Biasalah melayu kembang kempis hidung bila dapat validation dari omputih. Omputih ni pun konon nak buat kelainan terover membodohkan diri.
Tau lah korang menyuap guna garfu di tangan kiri, melayu guna tangan tu untuk cebok berak euwww. Lain kali kalau nak meniru make sure belajar kasi habis dulu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tapi I makan nasi lemak pakai sudu? |
|
|
|
|
|
|
|
pakai tangan kalau nasi lemak seciput tanpa ayam goreng. Kalau Nasi lemak vvip pokcik guna sudu dan garpu |
|
|
|
|
|
|
|
omputih tu puji lebih sbb mmg nasi lemak terpaling sedap kalau nk banding dgn food takde rasa dorang tu..muak la makan roti/sandwich/croissant...once a while bole. even spaghetti or pizza pun agak bland rasanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
semua makanan di dunia ini sedap pada tekak penggemarnya.
Sambal tu acquired taste kena belajar makan dari kecil. Aku agak skeptikal bila omputih kata dia sampai2 terus pandai makan sambal. Teringat dulu ada sorang foreign footballer yang lama bermain bola di Malaysia kata dia puas belajar makan sambal yang dia rasa pedas ja
|
|
|
|
|
|
|
| |
|