CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2634|Reply: 0

[Terengganu] Harga ikan naik RM3 hingga RM5 di Terengganu

[Copy link]
Post time 26-11-2023 03:34 PM | Show all posts |Read mode

TINJAUAN harga ikan berikutan berlaku kenaikan harga pada musim tengkujuh. FOTO Saifullizan Tamadi

Kuala Terengganu: Keadaan laut bergelora susulan Monsun Timur Laut (MTL) menyebabkan berlaku kenaikan harga ikan di pasar seluruh negeri ini.

Kenaikan harga itu disebabkan bekalan ikan berkurangan apabila nelayan tidak dapat turun ke laut berikutan laut bergelora.

Pengerusi Persatuan Nelayan Terengganu (Penentu) Mat Yassin Mohamed berkata, kenaikan harga berlaku antara RM3 hingga RM5 berbanding minggu sebelum negeri ini dilanda banjir.

Katanya, sebelum banjir, harga ikan selayang ialah RM10 sekilogram (kg), kembong sedang (RM16), aya/tongkol (RM12), kerisi (RM16), selar kecil (RM12) dan cencaru (RM12).



"Dua tiga hari ini, boleh dikatakan semua jenis ikan mengalami kenaikan harga antara RM3 hingga RM5.

"Justeru, bagi menampung permintaan, peniaga terpaksa mendapatkan bekalan ikan daripada luar Terengganu," katanya.

Sementara itu, peniaga ikan Pasar Chabang Tiga, Mohd Ridzuan A Wahab, 42, berkata keadaan cuaca tidak menentu ketika ini menyebabkan keadaan laut adakalanya bergelora.

"Ribut datang secara tiba-tiba, jadi nelayan yang turun ke laut tidak ramai menyebabkan berlaku kekurangan bekalan ikan," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-rm5-di-terengganu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.122946 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list