CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3509|Reply: 1

Kes penipuan cukai: Shakira jelaskan bayaran RM33.8 juta

[Copy link]
Post time 25-11-2023 07:09 PM | Show all posts |Read mode
Kes penipuan cukai: Shakira jelaskan bayaran RM33.8 juta


SHAKIRA. FOTO AFP


Madrid: Penyanyi terkenal Colombia, Shakira membayar 6.6 juta euro (kira-kira RM33.8 juta) kepada mahkamah Sepanyol yang menyiasatnya kerana cukai yang tidak dibayar, kata ejennya pada Jumaat.

Ia hanya beberapa hari selepas dia mencapai perjanjian untuk mengelak perbicaraan dalam kes cukai lain.

Pendakwa raya Sepanyol pada Julai membuka kes kedua terhadap penyanyi berusia 46 tahun itu, menuduhnya menggunakan rangkaian syarikat, sebahagian daripadanya berpangkalan di kawasan perlindungan cukai, untuk menipu pejabat cukai Sepanyol daripada kira-kira 6.6 juta euro (kira-kira RMRM33.8 juta) pada 2018, termasuk faedah dan pelarasan.

Shakira membuat bayaran itu kepada mahkamah pada Ogos, agensi yang mewakilinya memberitahu AFP sekali gus mengesahkan laporan dalam akhbar El Periodico.

Bayaran 6.6 juta euro (kira-kira RM33.8 juta) itu tidak membayangkan sama ada penyanyi berkenaan bersalah atau tidak bersalah dalam kes itu, tetapi adalah "satu lagi demonstrasi kesediaannya untuk membayar balik kemungkinan hutangnya kepada pihak berkuasa cukai Sepanyol", kata akhbar itu.

Secara berasingan, pelantun lagu Hips Don't Lie itu pada Isnin mencapai penyelesaian saat akhir dengan pendakwa raya Sepanyol untuk mengelakkan perbicaraan bagi kes lain iaitu penipuan cukai ke atas pendapatan yang diperolehnya antara 2012 dan 2014.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu Shakira bersetuju untuk membayar denda sebanyak 7.3 juta euro (kira-kira RM37.4 juta) bersamaan dengan 50 peratus daripada jumlah cukai yang belum dibayar.

Dia sudah membayar 17.45 juta euro (kira-kira RM89.29 juta) kepada pihak berkuasa cukai Sepanyol untuk menyelesaikan situasinya dalam kes ini.

Penyanyi itu yang sebelum ini menolak perjanjian yang ditawarkan oleh pendakwa raya, dalam satu kenyataan berkata, dia menyelesaikan "dengan kepentingan terbaik anak-anak saya di hati yang tidak mahu melihat ibu mereka mengorbankan kesejahteraan peribadinya dalam perjuangan ini".

Shakira berpindah ke Miami bersama dua anak lelakinya pada April berikutan perpisahannya dengan bekas pemain pertahanan FC Barcelona, Gerard Pique.



Sumber:https://www.hmetro.com.my/global ... -bayaran-rm338-juta

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2023 10:30 PM | Show all posts
Another one with cheating scandal.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 04:57 AM GMT+8 , Processed in 0.219903 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list