View: 7940|Reply: 60
|
[Tempatan]
"Kuantan Would Be Nice" - Nanami Nak Bina Rumah Di Pantai, Nak Menetap Di Malaysia!
[Copy link]
|
|
Ibu negeri Pahang, Kuantan menjadi trending di media sosial apabila tempat ini telah disebut salah satu watak anime dalam episod terbaharunya baru-baru ini.
Kuantan merupakan sebuah bandar raya yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Jika dibandingkan dengan bandar-bandar lain seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru, nama Kuantan mungkin jarang disebut orang luar.
Namun, bandar ini mendapat perhatian global apabila namanya disebut dalam episod terbaru anime popular, Jujutsu Kaisen musim kedua. Anime berkenaan turut ditayangkan di Netflix.
Lebih tepat, nama bandar berkenaan disebut oleh salah satu watak paling diminati ramai, Kento Nanami.
Watak yang sinonim dengan senjata pisau pemotong daging itu berkongsi hasratnya yang mahu menetap di Kuantan selepas bersara.
Dalam rancangan persaraan tersebut, Nanami mahu tinggal di sebuah rumah yang terletak di persisiran pantai, membaca buku sepanjang hari dan menikmati ketenangan di sana.
"Malaysia...Malaysia... Kuantan pun okay... Saya akan bina sebuah rumah di kawasan terpencil.
"Saya ada banyak buku yang dibeli dan tidak pernah bersentuh. Saya akan baca setiap satu muka surat satu per satu, seakan-akan mengambil masa saya semula yang telah hilang," kata Nanami dalam satu babak.
Adakah watak tampan dari Jujutsu Kaisen sempat menjejakkan kaki ke Kuantan?
Mesti anda berharap bahawa watak popular dalam siri ini dapat menunaikan hasratnya ke ibu negeri Pahang. Namun sayangnya, Nanami ditakdirkan untuk tidak dapat menjejakkan kakinya di sana.
Hal ini demikian kerana, impian Nanami terkubur sebaik sahaja dia dibunuh salah satu watak antagonis, Mahito dalam episod yang sama.
Ramai peminat siri ini, khususnya rakyat Malaysia merasa sedih atas pemergian watak yang disukai ramai.
Kebanyakan peminat telah menzahirkan rasa sedihnya di laman X sehingga nama Kuantan menjadi trending di laman tersebut.
Watak Nanami turut diminati banyak pihak kerana suaranya disumbangkan oleh pelakon suara legenda bersuara 'jantan', Kenjiro Tsuda. |
|
|
|
|
|
|
|
Ok..my doter akan nak selalu gi kuantan la pasni..dia peminat setia jujutsu kaizen.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kuantan mmg best pantai dari rompin sampai ke pantai sepat mmg terbaik |
|
|
|
|
|
|
|
1st time ke kuantan zaman boksit jalan semua merah rasa mcm di marikh. time tu i rasa kuantan sgt tak best.
Tp last year i pegi baru nmpak yg kuantan tu menarik dan best. Pantai pun tenang damai jer. Utk yg tinggal area KL i rasa lg berbaloi pegi ke kuantan berbanding ke pd. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pun teringin nak berumah dekat dengan pantai dan juga bersebelahan bukit. Kawasan di Penang meet kriteria ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
Lampuled replied at 25-11-2023 08:59 AM
1st time ke kuantan zaman boksit jalan semua merah rasa mcm di marikh. time tu i rasa kuantan sgt ta ...
Belah2 pantao timur pantai mmg cantik sbb pantai berpasir..kalau pd tu mengadap laut selat melaka pantai dia berlumpur tak best |
|
|
|
|
|
|
|
Kuantan mmg best..pantai dia panjang. Makan pun sedap..mmg sesuai siapa nak retire dok situ. |
|
|
|
|
|
|
|
Hati hati ..jgn semua dtg nak jajah balik..Malaysia Kan bumi bertuah..tak termasuk dlm jaringan gempabumi dan gunung berapi..
Harap sgt Malaysia ditadbir oleh org org yg competent, terbaik Dan jujur |
|
|
|
|
|
|
|
"Kuantan tu dibuka oleh pendatang dari Sumatera dan nama diambil sempena nama Kampung Kuantan kat Sumatera sana"
Konoha done claim
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Kuantan |
|
|
|
|
|
|
|
I suka cikcur ke Kuantan, Cherating etc
Orang2 Kuantan & Pahang yg i kenal pun cool2 belaka.. rilek2 je.. |
|
|
|
|
|
|
|
antikorok replied at 25-11-2023 12:34 PM
"Kuantan tu dibuka oleh pendatang dari Sumatera dan nama diambil sempena nama Kampung Kuantan kat S ...
"kami la yg memajukan Msia"-nusaraya |
|
|
|
|
|
|
|
mesti scr personalnye pembuat cerite anime tu pernah mlancong ke kuantan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Acik azmee pun dok kuantan kan. Ari tu masa g kuantan nmpk papan tanda arah umahnya |
|
|
|
|
|
|
|
Lampuled replied at 25-11-2023 08:59 AM
1st time ke kuantan zaman boksit jalan semua merah rasa mcm di marikh. time tu i rasa kuantan sgt ta ...
Mmg pun pd dah la air pun hitam kelabu kotor.. tp tula kat karak ni xtahan btul kalau jam nk pegi & blk.. |
|
|
|
|
|
|
|
mejaputih replied at 25-11-2023 09:50 AM
Belah2 pantao timur pantai mmg cantik sbb pantai berpasir..kalau pd tu mengadap laut selat melaka ...
Ye pantai sana cntik vibes sana lain drp pantai barat.. |
|
|
|
|
|
|
|
hareeeesah replied at 25-11-2023 01:54 PM
Mmg pun pd dah la air pun hitam kelabu kotor.. tp tula kat karak ni xtahan btul kalau jam nk pegi ...
Pd mcm air minyak campur lumpur. Mknan pun so so je. |
|
|
|
|
|
|
| |
|