|
Kumpulan M-pop, Wandted bersedia berjuang dalam persada hiburan tempatan.
Kata anggota kumpulan Wandted, Aela, mereka jalani rutin latihan vokal, tarian, penataan gaya dan skil komunikasi di bawah bimbingan guru seperti dilalui grup K-pop sebelum tampil dengan single pertama berjudul Cinderella.
Foto: IG
"Kami melalui tapisan ketat sebelum diserap sebagai tunjang Wandted sekitar 2020 termasuk menyertai kem latihan di bawah bimbingan tenaga pengajar profesional.
"Walaupun mempunyai asas vokal serta tarian dan kemudian digabungkan dalam Wandted yang sememangnya landasan untuk kami memperjuangkan muzik M-pop.
"Namun asas saja tidak mencukupi, kerana umpama ke medan perang, kita perlu bersedia dari segi strategi, latihan serta senjata lengkap.
"Disebabkan itu syarikat pengurusan mewajibkan kami memasuki kem latihan selama dua tahun meliputi pemantapan vokal, tarian, komunikasi, penjagaan imej serta aspek utama lain.
"Apabila single Cinderella ciptaan John Jeeves, Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh dilancarkan bermakna Wandted sudah bersedia menyahut cabaran menembusi arena muzik," katanya seperti dipetik di Gempak.
Selain Aela, kumpulan yang bernaung di bawah syarikat pengurusan Echovibes Communications dan Civicas Networks turut membariskan Bell, Rae, Ann, Rika dan Deanna.
Ada yang kata kumpula ini tiru Dolla?
Tegas Deanna pula, kenyataan tersebut sukar disangkal memandangkan gaya seksi gadis berusia 20-an selain genre dibawakan membuatkan mereka tampak serupa.
Ann yang juga koreografer mengakui kehadiran Wandted bukan untuk menyaingi sesiapa mahu pun grup sedia ada sebaliknya menawarkan alternatif kepada pendengar.
"Cita rasa peminat muzik berbeza, jadi kenapa tidak kita berikan pilihan apatah lagi menawarkan genre M-pop yang berpaksikan alur irama kegilaan generasi masa kini dari Korea Selatan.
"Negara itu melahirkan banyak kumpulan K-pop popular hingga mampu menembusi pasaran antarabangsa, sekaligus kami yakin genre ini juga mampu berkembang pesat.
"Melihat pencapaian bintang K-pop, Wandted tidak gentar menyahut cabaran melalui sesi latihan selama dua tahun yang memberikan impak tersendiri," kongsinya lagi.
Bercerita lanjut mengenai Cinderella yang dilancarkan 3 November lalu, Bell pula meluahkan rasa teruja dengan respons pemerhati muzik.
Rata-rata memberikan maklum balas positif kepada lagu serta video muzik yang menonjolkan kekuatan dalaman serta pemerkasaan wanita seperti dalam lirik.
"Cinderella istimewa apabila mempunyai kekuatan dari segi alunan instrumen yang menggambarkan konsep ‘fairytale’ bertepatan dengan tajuknya.
"Secara tidak langsung kami mengangkat tema pemerkasaan wanita, manakala irama serta seni kata 'catchy' menyuntik semangat jitu," kongsinya. -CARI
Sumber: Gempak
|
|
|
|
|
|
|
|
tak yah la tiru dolla, dolla tu macam blackpink. korang kalau nak tiru, tiru twice tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Pegi dahh... Dolla tu pun meniru Blackpink tak hagak2x. Tu je la yg dia org tau. Tiru3x. |
|
|
|
|
|
|
|
Feminin dulu tiru sapa2 tak? |
|
|
|
|
|
|
|
ramai nye group sampai 6 orang. Boleh ke tahan ramai2 ini? 4 maximum dah cukup |
|
|
|
|
|
|
|
Takde ke yg nak buat girl group budak sekolah menengah, mesti nampak comel, mcm feminin dulu2. Yg sekarang ni semua dh rupa dan badan mak2 orang. |
|
|
|
|
|
|
|
single Cinderella ciptaan John Jeeves, Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh
Ok boleh dinantikan. Dak2 ni buat lagu sedap. |
|
|
|
|
|
|
|
klu ikt sejarah kumpulan pmpn, tahun awal 90an..ada kumpulan Kristal..pmpuan 2 org..lps tu snyp smp ke sudah...feminin kump rap wanita pertama..depa xdak tiru sesapa
lepas feminin kluaq...bru muncul res2, msteen, GIM, sapa lg eh....rindu nya zaman2
klu yg tiru ala2 spice girl, kumpula TOP, elite...
byk plak ea band girl skg ni
ada 1 kumpulan tu..sara sister ke apa nama...muka lawo2..tp sora ke laut..manjang pakai seksi..dunia makin nk kiamat..cara pakaian depa ni mcm agk myeram kan la..dlu2 feminin , restu..xdak la seksi smp npk lurah bagai..
nk tgk sjauh mana band2 girl mesia btahan...
|
|
|
|
|
|
|
|
feminin dlu badan halus jugak...ok la kan
ni dolla, badan gabak...ada hati nk tiru blackpink yg bdan sekeping memasing.adoiiii
|
|
|
|
|
|
|
|
Dulu kumpulan Gula-Gula pun enam orang juga..
|
|
|
|
|
|
|
|
myrandapv replied at 24-11-2023 09:31 AM
feminin dlu badan halus jugak...ok la kan
ni dolla, badan gabak...ada hati nk tiru blackpink yg bd ...
Feminin masa awal2 keluar dulu umur paling muda yati 15 tahun, paling tua as 17 tahun. Semua budak sekolah. Memang badan kecik2 sekeping. Pakai skirt pendek pun nampak comel, tak nampak seksi. |
|
|
|
|
|
|
|
cari identiti sendirilah takyah tiru group yg ada tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
dengan masing-masing mekap kelabu......muka memasing mekap tebal pun dah macam janda anak 5... apoooooo hasil kem kau dik?????? final vc promo pun menari berterabur...kau pegi kem apa nok??? kem grooming ke meniaga kat kem askar??/ aaa gittcheww meols carut kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ape la nak ditiru dola. Dola pun tiru juga. |
|
|
|
|
|
|
|
Ak je ke rase buruk betul bdk2 melayu nk acah2 Korea... |
|
|
|
|
|
|
|
macam rendah je kayu aras nak ditiru tu ahaks. |
|
|
|
|
|
|
|
merepek ape ni pakai baju berlapis
|
|
|
|
|
|
|
|
Korang xboleh lawan zaman feminin..
|
|
|
|
|
|
|
|
Hahaha.. Nah, sebelum kluar kumpulan dolla.. Iols nak kenalkan kumpulan ni.. Terbaik.. [em:3:]
https://youtu.be/CoeybSFobu8?si=mJnoEDuZT69ykVN5 |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahahaaaaaa kelakar weeey semua samaaa ikut KPOP |
|
|
|
|
|
|
| |
|