CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 656|Reply: 0

[Sabah] KUSKOP lahirkan 75,600 usahawan baharu setakat September

[Copy link]
Post time 23-11-2023 08:55 PM | Show all posts |Read mode


JAWAPAN: Ewon ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu Roslan Hashim, pada sesi MQT di Dewan Rakyat di sini.

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) berjaya melahirkan 75,600 usahawan baharu setakat September tahun ini.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, ia adalah hasil pelaksanaan Pelan Strategik KUSKOP melibatkan 12 inisiatif yang dilaksanakan untuk membangunkan usahawan baharu tahun ini.

“Antara program yang dilaksanakan ialah Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Usahawan Baharu, TEKUN Usahawan Baharu, Program Peningkatan Francais, Program Dropship and Agent, Tunas Usahawan Belia Bumiputera, Graduate Mentoring Program, Program Usahawan Perantis, Penempatan Latihan Kerjaya dan Keusahawanan bagi Graduan TVET dan beberapa program lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu Roslan Hashim, pada sesi pertanyaan-pertanyaan menteri (MQT) di Dewan Rakyat di sini.

Roslan bertanyakan usaha kementerian dalam membantu usahawan yang terjejas termasuk usahawan gulung tikar.

Ewon berkata, KUSKOP melalui beberapa agensi dibawahnya juga melaksanakan beberapa inisiatif bagi memulihkan semula perniagaan sebagai antara usaha membantu usahawan terjejas.

Beliau berkata, antara langkah itu ialah menyediakan bantuan pinjaman kewangan seperti skim pembiayaan TEKUN Nasional dan Skim Pembiayaan Ikhtiar AIM.

“Agensi pembiaya KUSKOP juga sudah mempermudah proses permohonan dengan mengurangkan dokumentasi yang diperlukan dan memendekkan tempoh masa memproses permohonan,” katanya.

Tambahnya kementerian juga bekerjasama dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk pelaksanaan Program Intervensi Peluang Kedua bagi membantu usahawan yang berdepan dengan masalah pengurusan kewangan yang serius dan berisiko muflis.

“Pada 2022, seramai 664 usahawan diberi kesedaran mengenai peluang kedua menerusi pelbagai inisiatif yang disediakan kerajaan.

“Daripada jumlah itu, seramai 40 usahawan dipilih untuk mengikuti Program Bimbingan Khas Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) selama empat bulan bermula 17 Oktober 2022.

“SME Corp. juga memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan AKPK pada 3 Februari lalu sebagai usaha membantu perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) dalam pendidikan serta pengurusan kewangan dan kredit,” katanya.

Tambahnya kerjasama strategik ini dilihat dapat membantu dan memudahkan PMKS membuat keputusan dalam menguruskan kewangan secara bijak dan berhemah, terutama di dalam era pasca pandemik.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 12:00 AM GMT+8 , Processed in 0.061931 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list