CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3565|Reply: 9

Berbakat Warisi Ibu, Anak Amanda Misbun Bawa Watak Budak Pekak Dalam MagiK

[Copy link]
Post time 21-11-2023 09:58 AM | Show all posts |Read mode
Anak Amanda Misbun, Qisya Hairulzain menunjukkan bakatnya dalam bidang lakonan apabila muncul dalam filem terbaharu berjudul MagiK.


Pegang watak kanak-kanak pekak, Qisya, 13, mengakui teruja membintangi filem arahan pengarah dari Jepun, Yasu Tanaka ini kerana watak itu penuh dengan imaginasi.


Foto: mStar




“Saya berasa kagum dengan jalan cerita filem ini yang memaparkan kisah kanak-kanak pekak yang boleh berkomunikasi dengan kelip-kelip.


“Pada mulanya, saya berasa gementar untuk melakonkan watak Kit itu namun ia menjadi mudah apabila pengarah menjadikan filem Disney kegemaran saya iaitu Frozen sebagai contoh di mana Puteri Elsa dilahirkan dengan kuasa mencipta salji dan ais.


“Manakala Kit pula mempunyai kuasa berkomunikasi dengan kelip-kelip. Pengarah juga banyak membantu saya menjiwai babak dengan kelip-kelip khayalan yang turut menampilkan sentuhan Imej Janaan Komputer (CGI),” katanya.




  



Mempelajari bahasa isyarat daripada Bea Tanaka yang juga bekas guru pendidikan khas OKU pendengaran, Qisya berkata dia seronok sepanjang proses pembelajaran berkenaan.


Qisya memberitahu dia berdepan kesukaran ketika penggambaran di atas bot dan sungai pada waktu malam.


“Melakonkan watak sebagai kanak-kanak pekak juga mudah kerana saya tidak perlu menghafal sebarang dialog.


“Watak Kit sangat dekat dengan alam semula jadi sedangkan saya pula berasal dari bandar dan pastinya berdepan cabaran ketika penggambaran di sungai dan dalam hutan.


“Penggambaran di sungai lebih mencabar kerana dilakukan pada waktu malam yang gelap. Saya juga berasa takut akan terjatuh ke dalam sungai tetapi ada anggota bomba di sana untuk menjaga keselamatan pelakon,” katanya.




  



Sementara itu, pengarah Yasu berkata anak saudara Haliza Misbun ini dipilih melakonkan watak Kit menerusi proses uji bakat yang dijalankan produksi.


Katanya, dia menyukai Qisya kerana memiliki karakter sangat pendiam dan sama seperti watak Kit dalam filem ini.


“Qisya juga sangat fokus dan memahami arahan sepanjang di lokasi penggambaran filem ini.


“Pada mulanya, Qisya sangat gementar dan hampir tidak mahu teruskan penggambaran ketika babak di atas bot pada waktu malam tetapi akhirnya dia mengatasi ketakutannya dan melakukan babak itu dengan yakin,” katanya.




  



Selain Qisya, filem magiK turut dibarisi pelakon terkenal tanah air seperti Beto Kusyairy, Nadia Aqilah, Nam Ron, Ruminah Sidek, Roy Azman dan Kamarul Eqifshah.


Filem ini akan menemui penonton di seluruh pawagam tanah air bermula 30 November ini. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2023 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada adegan hantu ke?? Atau mak mah jadi nenek kebaya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2023 10:22 AM | Show all posts
bapak budak ni dulu slalu main skate kt Bukit Bintang..geng2 Pa'din
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2023 11:14 AM | Show all posts
lakonan amanda yg paling aku ingat dlm Kekasihku Seru.

dia jd kawan baik kpd heroin. heroin Emelda dlm kisah tu, dan cter tu sgt lah best bagi aku, lakonan amanda pun kemas jugak la dlm drama letop ni.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2023 11:39 AM | Show all posts
dah besar nanti lawa bertiang qisya ni daripada makcik andartu delulu dia tu... plus meols pun lagi suka lakonan amanda daripada akak dia...lagi relaks & natural...takde haruk sangat macam cinderella psiko tu... hihihihi
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2023 12:39 PM | Show all posts
sape makcik andartu delulu tu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-11-2023 12:40 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2023 12:58 PM | Show all posts
Amanda ni berlakon best, tak annoying
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2023 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Comel2 anak diaorg
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2023 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
chinta89 replied at 21-11-2023 11:14 AM
lakonan amanda yg paling aku ingat dlm Kekasihku Seru.

dia jd kawan baik kpd heroin. heroin Emelda  ...

betul...iols pun suka dia belakon dlm kekasihku seru dab cerita tu bg iols best la, payah nak jmp cerita2 gitu skrg ni. ke ada??? iols yg lama dah x tgk cerita melayu.
amanda ni belakon best, haliza tu over sejak cinderella lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:37 PM GMT+8 , Processed in 0.203640 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list