CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3379|Reply: 3

[Politik] AMANAH tak boleh dabik dada menang di kerusi campuran; Sehingga sekarang, AMANAH kelihatan masih lesu dalam menampilkan gagasan politik lebih segar

[Copy link]
Post time 21-11-2023 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Highflyer19 at 21-11-2023 09:21 AM





USIA Parti Amanah Negara (AMANAH) dalam arena politik nasional sudah menghampiri 10 tahun. Sepanjang usia itu, AMANAH sebagai parti baharu sudah berhasil menangkis beberapa 'mitos politik', misalnya parti serpihan akan gagal menjadi kerajaan atau tidak mampu bertahan lama dan terbubar.

Ini merujuk kepada sekian banyak parti politik bernuansakan Melayu-Islam seperti Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM) dan Parti Semangat 46 menerima nasib sama terbubar.

Bezanya AMANAH sudah membuktikan mampu menjadi sebahagian kerajaan, bukan sekali bahkan dua kali. Persoalannya, adakah kejayaan itu hanyalah rezeki terpijak atau sebenarnya datang daripada kekuatan parti itu sendiri?

Bagi menjawabnya, tentu sekali prestasi AMANAH di kerusi majoriti Melayu-Islam wajar menjadi ukuran kerana di situlah simbolik penguasaan dan kekuatan parti berkenaan.

Malah, parti itu perlu berperanan menggantikan kekosongan ditinggalkan PAS ketika dalam Pakatan Rakyat (PR). AMANAH tidak boleh mendabik dada dan selesa dengan kemenangan di kerusi campuran kerana bukan di situ medan pencaknya.

Justeru, menjelang pemilihan bulan depan, AMANAH perlu membuat dua perhitungan besar mengekalkan status quo atau berubah secara total. Perhitungan ini perlu difikirkan sewajarnya oleh ahli AMANAH jika tidak mahu nasib partinya tidak ubah seperti 'melukut di tepi gantang'. Ada tidak bertambah dan tiada tidak berkurang.

Tambahan pula, AMANAH berdepan harapan (atau saingan) baharu dalam gabungan politik disertai mereka, iaitu UMNO kelihatan lebih menyerlah dan berpengaruh dalam kalangan orang Melayu, meskipun masih terpalit pelbagai krisis kepemimpinan.

AMANAH perlu bergerak lebih agresif supaya kehadirannya lebih dirasai sekiranya tidak ingin ditenggelami kehadiran UMNO dalam Kerajaan Perpaduan.

Sehingga sekarang, AMANAH kelihatan masih lesu dalam menentukan sikap dan menampilkan gagasan politik lebih segar mendepani peningkatan trend populisme Melayu-Islam pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

Identiti, ideologi parti

Penentuan sikap dan penampilan gagasan ini penting kepada AMANAH dalam mengikis monopoli tafsiran politikal Islam bawaan PAS. Penampilan gagasan Melayu-Islam ini akan menentukan identiti dan ideologi parti AMANAH, seterusnya memandu corak pergerakan parti itu.

Bagi mencapai tujuan ini, AMANAH memerlukan susuk baharu sebagai ideologi parti, baik sebagai presiden mahupun seorang pemimpin de facto.

Kewujudan kem politik dalam parti menjadi norma dalam sesebuah organisasi kepartian, namun ketiadaan susuk pemimpin de facto dalam AMANAH menjadikan pergelutan politik dalaman gagal diharmonikan dengan baik.

Krisis ini berlaku dalam PAS sesudah ketiadaan Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Mursyidul Am PAS ketika itu menjadi tunjang penyatuan aliran berlainan dalam PAS.

AMANAH pernah menonjolkan susuk de facto ini, iaitu Datuk Seri Ahmad Awang, namun tidak berpanjangan kerana peranan institusi presiden dalam AMANAH jauh lebih diperlukan.

Bagi mencapai tujuan ini, presiden bakal dilantik nanti sepatutnya memenuhi kedua-dua tujuan ini, iaitu sebagai ideologi parti berperanan secara de jure dan de facto.

Pada masa sama dalam meneruskan kelangsungan politik, AMANAH perlu mempersiapkan barisan pemimpin muda untuk menjalani proses peralihan tampuk kepemimpinan utama parti.

AMANAH kelihatannya masih terperangkap dengan veteran politik mereka dan gagal mengetengahkan barisan pemimpin muda mereka yang ramai, namun gagal dimanfaatkan dengan baik.

Dalam keadaan demografi politik Malaysia sudah berubah sepenuhnya dengan pengundi muda, AMANAH nampaknya masih selesa dengan kepemimpinan veteran, malah seolah-olah belum bersedia memberi kepercayaan kepada lapisan kedua parti seangkatan dengan Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiyat.

Berbeza dengan rakan seangkatan dengan Suhaizan dalam parti lain, mereka sudah diberi kepercayaan mengemudi parti misalnya, Anthony Loke daripada DAP. Sekiranya hal ini tidak diperbetul, ini akan memberikan natijah besar kepada kelangsungan parti berkenaan keseluruhannya kerana memberikan gambaran ia tidak meraikan kepemimpinan muda parti.

Realitinya, AMANAH memiliki sejumlah kelebihan politik, namun tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Politik di Malaysia kini mula bergerak pantas, parti bergiat dalam pentas demokrasi juga harus memiliki kepantasan sama.

AMANAH perlu membuktikan kekuatan sendiri dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) dan sebagai parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan dengan pemilihan parti kali ini ialah langkah pertama ke arah mencapai tujuan itu.


https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2023/11/1179511/amanah-tak-boleh-dabik-dada-menang-di-kerusi-campuran

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-11-2023 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Sehingga sekarang, AMANAH kelihatan masih lesu dalam menentukan sikap dan menampilkan gagasan politik lebih segar mendepani peningkatan trend populisme Melayu-Islam pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu...
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2023 11:25 AM | Show all posts
Sebelum memang berkobar2 semangat sampai mic pun baling.

Bila dah menang macam lembab je
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2023 12:38 PM | Show all posts
aku x paham apa fungsi AMANAH nie, dengar orang kuat AMANAH di penang kata nak lawan DAP...tapi hidup bawah naungan DAP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.061832 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list