CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2146|Reply: 5

Israel Tukar Sasaran Bunuh Para Media Palestin

[Copy link]
Post time 20-11-2023 11:52 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Konflik antara Palestin dengan Israel memasuki bulan kedua, serangan rejim Zionis terhadap Semenanjung Gaza dilihat mula beralih sasaran membunuh para media yang bertungkus lumus melaporkan kekejaman tentera Israel kepada dunia.


Situasi itu jelas terbukti apabila wartawan Palestin, Hasouna Salim dan rakan medianya, Sari Mansour terbunuh selepas tentera rejim Zionis membedil kem Bureij, tengah Gaza malam kelmarin.


Menurut data dikeluarkan Pejabat Media Palestin setakat 18 November, seramai 56 pengamal media terkorban sama ada semasa membuat liputan di kawasan konflik mahupun terbunuh ketika berada di rumah sejak konflik perang itu tercetus 7 Oktober lalu.




Foto: AFP




Dalam pada itu, Ketua Akhbar Palestin, Belal JadaAllah dipetik berkata, beliau menegaskan bahawa golongan wartawan dan jurugambar menjadi sasaran utama tentera Israel di Gaza sehingga pihaknya kehilangan ramai pengamal media hebat akibat dibunuh Zionis.


“Wartawan Palestin ketika ini jadi sasaran,” tegasnya.


Difahamkan, kenyataan itu dibuat sebelum beliau turut terkorban susulan serangan oleh rejim Zionis Israel, yang mana kematiannya turut dimaklumkan oleh pengamal media di Palestin malam tadi.


Terdahulu, wartawan Agensi Berita WAFA, Mohammad Abu Hasira dilaporkan terbunuh selepas kediamannya di Bandar Gaza dibom tentera penceroboh Israel.


Abu Hasira dan 42 ahli keluarga yang lain, termasuk anak lelakinya terkorban dalam insiden tersebut.


Beberapa hari sebelum itu, seorang lagi wartawan, Mohammad Hamouda dan keluarganya cedera parah selepas rumah mereka menjadi sasaran serangan tentera Israel.


Selain pengamal media, serangan rejim Zionis turut mengorbankan kira-kira 200 anggota perubatan termasuk paramedik serta 22 anggota pertahanan awam.


Secara keseluruhannya, konflik yang memasuki hari ke-45 ini menyaksikan jumlah angka korban rakyat Palestin meningkat kepada 12,300 nyawa dengan lebih 30,000 mangsa lagi cedera serta hampir 300,000 rumah dan bangunan musnah. –CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2023 12:22 PM | Show all posts
Sedangkan Tom Hurndhall dgn Rachel Corrie pun derang kiok kan masa bukan perang, inikan pula time perang.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 05:08 PM | Show all posts
Samerosie replied at 20-11-2023 12:22 PM
Sedangkan Tom Hurndhall dgn Rachel Corrie pun derang kiok kan masa bukan perang, inikan pula time pe ...

Matthew McNulty hesmes gillaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 05:28 PM | Show all posts
mamajawie replied at 20-11-2023 05:08 PM
Matthew McNulty hesmes gillaaaaaaa

Ya Rabbi, sempat lagi hahahaha tapi i tak pernah tengok movie tu.  Arwah Tom tu sendiri sudah banyak henskem iols rasa
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko bunuh orang ko pulak ptsd.


Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2023 10:11 AM | Show all posts
Samerosie replied at 20-11-2023 05:28 PM
Ya Rabbi, sempat lagi hahahaha tapi i tak pernah tengok movie tu.  Arwah Tom tu sendiri sudah bany ...

hahaha sista..kalu hesmes wajib dipuji dulu..haah dedua hensem n iollss pun belum pernah lagi tengok movie ni..nanti la weekend ke iollss cari kat google

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:37 AM GMT+8 , Processed in 0.191824 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list