CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15360|Reply: 1

[Perlis] 'Jerih perih ibu berniaga di pasar malam pembakar semangat saya'

  [Copy link]
Post time 18-11-2023 08:38 PM | Show all posts |Read mode
'Jerih perih ibu berniaga di pasar malam pembakar semangat saya'


BERNAMA



TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan bergambar bersama penerima anugerah pada istiadat Konvonsyen UniMAP ke-18, hari ini. FOTO Ihsan Unit Foto Istana Arau



Arau: Mengharungi kehidupan melihat susah payah ibu berniaga di pasar malam mencari rezeki demi membesarkan tiga anak, menjadi pembakar semangat kepada Abdul Khalim Al Azizi Syahril, 25, untuk belajar bersungguh-sungguh bagi meraih kejayaan dalam pendidikan.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Pemesinan) Dengan Kepujian dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) itu, menerima Anugerah Pingat Emas Canselor pada sidang pertama Istiadat Konvokesyen ke-18 universiti berkenaan di Dewan Ilmu, UniMAP di sini hari ini.

Canselor UniMAP yang juga Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, berkenan menyampaikan anugerah itu kepada Abdul Khalim yang juga anak bongsu daripada tiga beradik.

Abdul Khalim yang berasal dari Johor berkata sejak ibu dan bapanya berpisah ketika beliau berusia empat tahun, ibunya Khoirul Badriyah Badrul, 50, menjadi pencari nafkah tunggal keluarga bagi menyara beliau serta kakaknya yang kini menjadi pengusaha kedai makan dan abangnya, seorang doktor gigi.

"Ibu berniaga di pasar malam menjual air dan bakso, dialah ibu, dialah ayah, saya melihat jerih perih ibu berniaga mencari wang untuk besarkan kami tiga beradik, saya sendiri pun ada ikut tolong ibu berniaga di pasar malam ketika di bangku sekolah dulu.

"Saya pernah berlapikkan baldi kecil untuk berdiri menjual air kepada pelanggan sewaktu umur lapan tahun, dan sekarang ini saya mampu berdiri di atas pentas (konvokesyen) berikan kejayaan kepada ibu saya," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas sidang pertama istiadat konvokesyen itu hari ini.

Penerima Anugerah Wira TVET Negara pada tahun lalu itu berkata beliau tiada resipi kejayaan yang khusus untuk berjaya dalam pelajaran, sebaliknya hanya berbekalkan semangat juang yang tinggi untuk mengubah nasib keluarga mendorongnya melakukan terbaik.

Abdul Khalim yang memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.80 itu berkata beliau merancang menyambung pengajian pada peringkat sarjana dan menaruh harapan untuk menjadi pegawai dalam pasukan beruniform.

UniMAP juga menganugerahkan ijazah secara Anumerta kepada graduan Doktor Falsafah (Kejuruteraan Mekanikal) Mohd Fizam Zainon yang meninggal dunia pada 31 Disember 2022 yang diwakili isteri Allahyarham Norsiah Ashaari.

Seramai 3,555 graduan menerima ijazah masing-masing dalam konvokesyen UniMAP yang berlangsung selama empat hari bermula hari ini.



Disiarkan pada: November 18, 2023 @ 5:26pm








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2023 07:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah.     
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.399471 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list